umatakhirzaman
"Jika kamu berbuat kebaikkan (maka faedah) kebaikkan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. (surah Al-Israa', ayat: 7)
Wednesday, August 25, 2010
Sunday, July 11, 2010
...Hati Rindukan Dia...
DIA MUHAMMAD-INTEAM
Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam
Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat
Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya
Monday, June 28, 2010
NILAI TUDUNG WANITA...
(Sumber: Majalah Al-Muslimah, Ogos 2009)
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita , sebab wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan dikhalayak umum. Mereka masih boleh tampil dihadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan disana-sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung menutup aurat seolah-olah telah melanda dari peringkat bawahan hingga keperingkat atasan. Samada dari golongan pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja pejabat.
Walaupun pelbagai tudung digaya dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok didalamnya, dihias pula dengan kerongsang yang menarik. Labuci warna-warni yang dijahit pula diatasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadi daya tarikan lelaki yang bukan mahramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita daripada menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung tetapi semakin membesar riak dan bangga dalam diri. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Kesimpulannya tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa denga Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak sembahyang. Ada orang yang bertudung tetapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang yang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka merasakan bertudung dan menutup aurat sama sahaja dengan dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam melihat sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tetapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak kita belum boleh jadi baik, tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung diluar, tudung didalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak, dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polan itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklari dari suka bertengkar. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan dan suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. Jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, Orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “ Islam is really beautiful”. Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
-tajdidniatselalu-
Sunday, June 27, 2010
TIDAK SEMUDAH ABC & 123
membentuk diri mengikut acuan yang dikehendaki Ilahi
tidak semudah menyebut ABC
juga tidah semudah membilang 123
ianya memerlukan keazaman dan mujahadah yang tinggi
kesungguhan untuk mengubah diri
agar hari2 mendatang yang bakal dilalui
akan lebih baik daripada hari semalam yang telah ditinggalkan
mintalah pada-Nya selalu
agar diri ini dipandu
diberi kekuatan dan ketabahan
menghadapi pelbagai mehnah dunia
supaya tidak tersasar
dari landasan sebenar
menjadi mu'min yang diredhai
moga matlamat untuk memperoleh cinta dan redha-Nya
menjadi milik kita bersama
di akhirat sana
amin...
-tajdidniatselalu-
Tuesday, March 16, 2010
"PEMIMPIN HARUS PUNYA IDEA"
Ketika jari rancak mencari bacaan menarik sebagai santapan mata yang mengantuk ini, tetiba mataku tertacap pada sebuah artikel tulisan seorang blogger yg tersohor. Aku tertarik untuk berkongsi tajuk ini bersama kawan2...Yok teruskan membaca...
Dubai hari ini [copyright]
“Ana harap, di Duty Free nanti, ustaz beli sebuah buku bertajuk Ru’yati: al-Tahaddiyyaat fee Sibaaq al-Tamayyuz”, kata Ustaz Hasan kepada saya. Buku berkenaan adalah karangan Mohammad bin Rashid al-Maktoum pemerintah Dubai.
Beliau juga merupakan ‘majikan’ yang membiayai posting saya sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre tidak lama dulu. Saya bekerja dengan tajaan ‘Al-Maktoum Foundation’.
“Anta baca buku itu dan hayati kupasan beliau tentang plan dan misinya membangunkan Dubai. Juga kritikannya kepada idea Samuel Huntington berkenaan dengan Clash of Civilization“, pesan Ustaz Hasan kepada saya.
Kami berpelukan tanda perpisahan. Insya Allah ia hanya perpisahan yang sementara kerana kami berkongsi cita-cita yang sama. Jika masing-masing konsisten di jalan ini, pasti ketemu di hujung sana. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Ustaz Hasan atas mutiara-mutiara berharga yang dikongsinya bersama, dalam tempoh pertemuan yang singkat di Dubai.
Terima kasih juga kepada Abu Muaz yang memperkenalkan kami.
MY VISION
Tidak sulit untuk saya bertemu dengan buku yang dimaksudkan.
Kulit buku yang tebal, hitam keemasan dengan wajah Mohammad bin Rashid al-Maktoum, saya membayar 70 Dirham untuk senaskhah.
Sepanjang penerbangan dari Dubai ke Kuala Lumpur, saya membelek lembaran demi lembaran buku yang dikarang sendiri oleh pemerintah Dubai yang hebat itu.
IDEA DAN KEPIMPINAN
Sememangnya saya amat menghormati pemimpin yang mempunyai visi yang jelas.
Pemimpin harus memimpin dengan pemikirannya yang berbaloi dibaca dan dikaji. Bukan pemimpin yang dungu oleh teks yang disediakan orang lain atau yang tidur di lensa massa.
“If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790)
Kita boleh bersetuju atau menolak idea dan pemikiran seorang pemimpin. Tetapi pemimpin yang tidak mempunyai sebarang pemikiran dan idea, harus awal-awal lagi ditolak. Pemimpin tanpa idea, memimpin ke arah binasa dan memimpin sebagai boneka.
Mangsanya kita, rakyat jelata. Dari marhaen hingga pakar yang tiada harga.
Namun, pandangan saya terhenti pada bilah-bilah kata Sheikh Mohammad al-Maktoum ini di muka surat 13. Katanya:
“Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas dari sainganmu… untuk mencipta kejayaan. Itulah falsafah saya, dalam membangunkan Dubai…” [terjemahan bebas oleh saifulislam.com]
Saya terpegun.
Ia adalah pesan Ustaz Hasan kepada saya. Ternyata Ustaz Hasan tahu apa yang patut saya fokus di dalam buku ini. Beliau berpesan agar saya mencari ‘mutiara’ di dalam kisah rusa dan singa.
Bangunkan mangsa untuk bangkit mencari pembelaan. Bangunkan pihak yang sudah punya kemenangan agar tidak terlepas dari genggaman. Sama ada kamu mangsa atau pemangsa, rusa atau singa, pemerintah atau pembangkang… kamu harus terus berlari.
Jangan berlengah…
Semua harus berlari dan berlari. Hanya yang lengah dan membuta tuli, tersingkir dari pertandingan. Menyerahkan tampuk kepimpinan kepada tangan si malas lagi culas… adalah jalan pintas menuju binasa.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com-tajdidniatselalu-
Saturday, February 13, 2010
'Kita Jumpa di Puncak"
(Surah Ar-Ruum : Ayat 26 & 27)
Thursday, January 21, 2010
...BERJUANG...
"Perantau…Musafir perjuangan…Tabahkanlah hatimu…Berjuang di rantau orang…Sedih pilu hanya engkau yang tahu…Ingatan anak dan isteri…Janganlah menghiris hatimu…Kerinduan desa nan permai…Janganlah melemahkan semangat juangmu…Diwaktu ujian badai terus melanda…Engkau tetap gigih berjuang…Membenarkan sabda junjungan…Terus memburu…Menuntut janji…Pastilah ISLAM gemilang lagi…"
Sayu hati tatkala mendengar bait2 lagu di atas dialunkan…Begitulah perjalanan hidup seorang pejuang. Berjuang bukan mudah. Berjuang menuntut kepada banyaknya pengorbanan yang perlu dilakukan. Perjuangan tidak dibentangkan dengan permaidani merah yang indah. Juga tidak disajikan dengan pujian yang mengasyikkan. Terlalu banyak air mata yang perlu dilimpahkan sebagai perawat hati yang dirobek oleh mereka yang benci ISLAM itu ditegakkan. Kadang2 udara segar yang dihirup juga terasa menyesakkan dada.
Dek kerana banyaknya mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi oleh seorang pejuang, terdapat segelintir pejuang yang berfikir-fikir untuk menarik diri dari perjuangan ini. Oleh kerana jalan yang dilalui ini penuh dengan duri dan semilu, ramai yang berfikir-fikir untuk berehat sebentar dari perjuangan ini. Namun, janji Ilahi segera memadamkan segala kemelut jiwa yang acapkali mengaburi matlamat hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud,
"Hai orang-orang yang beriman,sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."
(Surah As-Saff, ayat 10 dan 11)
-CUTI DAN BERCUTI-
5 Februari adalah tarikh keramat yang amat dinanti-nantikan. Pelbagai perancangan telah diatur bagi mengisi cuti musim sejuk pada kali ini.
Ermmm. Kini semua telah semakin dewasa. Bebas untuk membuat keputusan. Tidak siapa bisa menghalang. Aku bebas! Aku bebas! Hu3. Namun keterikatan dan janji pada Ilahi membataskan kita untuk melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Banyak perkara perlu diambil kira sebelum memutuskannya. Bukan diri sendiri saja yang perlu dijaga, namun perihal umat sekeliling juga perlu dilihat sama. Bimbang jika tersilap langkah, murka Ilahi yang akan diterima kerana memungkiri janji untuk berbakti kepada agama-Nya sebagai generasi penyambung perjuangan Baginda s.a.w... Na'uzubillah. Moga kita memperoleh redha-Nya.
Itulah realiti seorang pejuang. Kadang-kala diri sendiri terpaksa diketepikan. Ujian yang datang adalah sebagai peringatan bagi yang alpa...Ujian hadir sebagai wasilah untuk mematangkan diri kita sebagai seorang hamba...Ujian juga adalah sebagai kifarah dari kesilapan2 yang terlanjur kita lakukan.Walaupun pahit, namun ingatlah yang pahit itu adalah sebaik-baik penawar untuk kita di akhirat kelak.
Teringat sirah-sirah Baginda s.a.w bersama para sahabat dalam usaha menyebarkan dakwah Islam satu ketika dulu. Mereka saling kukuh-mengukuhkan antara satu sama lain. Saling benteng-membentengi antara satu sama lain. Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Saling lindung-melindungi antara satu sama lain.
Teringat peristiwa Saidina Abu Bakar yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Baginda s.a.w dari dipatuk oleh ular saat bersembunyi di dalam gua. Kalau dilihat, bisa saja Saidina Abu Bakar menyelamatkan dirinya sendiri. Namun beliau memilih untuk berkorban demi kasih dan sayangnya kepada Baginda s.a.w.
Indahnya tauladan yang ditunjukkan oleh Baginda dan para sahabat. Namun, sayang sekali. Hanya sedikit sahaja yang mengambil pengajaran dari peristiwa lampau. Umat kini lebih memilih untuk mencipta sejarah sendiri yang kadang-kala melampaui batas2 apa yang telah diajarkan oleh Islam itu sendiri.
-IMTIHAN YANG HAMPIR-
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menghadapi imtihan buat teman2 seperjuangan dan khususnya buat ahli bait NADIAH ( najwa,adila,dura,amirah). Bittaufiq wa najjah buat kalian. Doakan kejayaan bersama.