Thursday, December 18, 2008

UMATKU...UMATMU


Segala pujian bagi Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Juga atas keluarga , para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan sunnahnya sehingga ke hari kiamat.

Firman Allah s.w.t di dalam kitab-Nya yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasul-Nya, dan kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepada rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur dan ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya."
(An-Nisaa' :136)

Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan hidupmu...

Aku teringat beberapa hari yang lepas aku bersama seorang ahli bait telah bermalam di rumah teman2 kami.. Saja menukar angin. Masing2 mencari mood untuk mengulangkaji selain merapatkan jurang ukhwah sesama kami. Ermm, hari ini jiran bilik aku tiada di biliknya. Terasa sunyi kerana tiada siapa yang boleh aku sakat. He3. Berbalik semula kpda kisah aku yang telah bermalam di rumah temanku tadi. Selepas makan malam dan bersolat Isya, seperti biasa masing2 mula bertebaran melakukan tugas masing2. Aku pula bersama 2 orang teman telah memilih ruang tamu sebagai tempat untuk kami melepak sambil mengulangkaji. 2 orang teman aku tadi duduk study beratap dan berdindingkan kelambu, manakala aku lebih selesa untuk duduk di luar kelambu sahaja dengan alasan untuk mendapatkan kualiti pencahayaan yang baik semasa membaca. Walaupun pada hakikatnya aku terpaksa bertepuk-tampar melayan kerenah "cik n" namun aku sanggup kerana aku telah bertekad untuk terus membaca di luar kelambu...Seronok juga bila aku perhatikan gelagat "cik n" yang bergantungan di kelambu. Bagi "cik n" yang tidak bernasib baik, mereka telah menemuai ajalnya ditangan aku.

Beberapa minit kemudian, datang seorang teman mengadu mengenai musykilah yang dihadapinya... Aku, berbekalkan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada telah memberikan khidmat nasihat percuma kpda temanku itu. Selesai aku berceloteh, temanku tadi terus membuka mulut mengenai isu2 yang berlaku di tanah air. Memang seronok kami bercerita walaupun dalam fatrah imtihan, namun aku tidak menjadikannya sebagai alasan untuk bersikap "tidak mengambil tahu" mengenai isu2 semasa kerana bagi aku segala isu2 semasa yang berlaku adalah salah-satu drpda "cabang masalah umat" maka kita perlu untuk mengambil tahu. Pelbagai isu yang kami bangkitkan namun isu yang paling hangat dan menjadi topik perbualan kami adalah mengenai "isu kenaikkan harga barang diseluruh dunia secara amnya dan di tanah air secara khususnya." Memang seronok apabila berpeluang bertukar-tukar pendapat bersama-sama walaupun di situ aku dapat menyaksikan pro dan kontranya. Namun bagi aku itu bukan 1 masalah kerana setiap individu berhak untuk bersuara mengeluarkan pendapat mereka dan sebagai pendengar kita harus bersikap "berlapang dada" dan "belajar menerima pandangan" teman2 lain..

Walaupun aku sering menerima teguran beberapa orang teman yang menasihatkan aku supaya jangan bersiasah ketika masih belajar, namun bagi aku sekadar mengambil tahu dan bercerita mengenai isu yang terjadi di tanah tumpahnya darah aku bukanlah bersiasah namanya. Bagi aku, ia merupakan sebahagian tanggungjawab kita sebagai rakyat yang sering melaung-laungkan bahawa kita menyayangi tanah air sendiri. Bagaimana yang dikatakan sayang seandainya enggan mengambil tahu khabar berita yang terjadi di sana. Sama-sama kita fikirkan ya teman2. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

"Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan membiarkannya dizalimi oleh orang lain"
(Hadis Mutaffaqun 'alaihi)

Sesungguhnya jika kita sedar, setiap individu dalam masyarakat Islam adalah ibarat 1 tubuh badan. Setiap drpda kita adalah anggota kpda tubuh yang satu. Setiap drpdanya mempunyai kaitan antara 1 sama lain. Setiap anggota menjiwai perasaan orang lain. Mereka akan bersama-sama samada dalam kegembiraan dan kesedihan; bergembira apabila mereka mendapat kegembiraan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan, kesihatan dan kesejahteraan, dan bersedih apabila mereka menderita, mendapat kesakitan, ditimpa kemiskinan, kemelaratan, kesempitan dan kesusahan hidup. Benar Rasulullah s.a.w dalam sabdanya :

"Perumpamaan orang yang beriman dalam berkasih-sayang, belas kasihan dan lemah-lembutnya bagaikan satu tubuh, apabila salah- satu anggotanya mengadu kesakitan, semua anggota lain turut berjaga malam dan demam."
(Hadis Mutaffaqun 'alaih)

Diantara kewajipan yang sangat ditekankan kpda seorang muslim terhadap saudaranya ialah bersegera untuk meringankan kesusahan dan dukacita saudaranya. Baginda s.a.w adalah contoh teladan yang baik dalam setiap perkara yang dianjurkan. Dia adalah sebaik-baik contoh dalam memberikan bantuan kpda sahabat-sahabatnya, terutamanya kpda mereka yang berhajat. Hidup di dunia ini penuh dengan kepenatan dan kesusahan. Seseorang sering kali mengalami kedukaan, kebingungan, kesempitan dan kesusahan hidup. Maka, menjadi kewajipan muslim yang lain untuk menyelesaikan penderitaannya mengikut kemampuan masing2.

-tajdidniatselalu-


Saturday, December 6, 2008

SAUDARA @ BERSAUDARA @ PERSAUDARAAN

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana hingga ke saat ini Dia masih memberi kesempatan dan kekuatan untuk aku meneruskan pengembaraan di muka bumi ini bagi mengisi dana untuk tabung amalanku sebelum sampai ke destinasi terakhir.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Aku perhatikan jam di dinding. Lebih kurang lagi 5 minit jarum akan menunjukkan keangka 8 pagi. Ermmm, nampaknya masih tiada tanda2 bahawa mereka akan tiba. Tiba2 telefon berbunyi. Nasyid Siratunnabi dendangan Mestica memecahkan suasana yang hening pada pagi Jumaat itu. Aku perhatikan nama yang tertera pada skrin lantas menjawab panggilan dari salah seorang junior medic tersebut.

"Assalammualaikum" ucapnya.

"Waalaikumsalam" balasku.

"Akak minta maaf kami lambat. Sekejap lagi kami sampai."

"Ok. Kalau sudah sampai, misscall ye. Nanti akak bagi kunci." ujarku.

"Ok kak" balasnya ringkas.


Nampaknya aku masih perlu menunggu. "Sabarlah wahai hati". Bisikku kepada diri. Anggaplah ini satu wasilah untuk mendidik dan mentarbiyah diri. Ya. Jangan terlalu manja !!! Tiada perjuangan tanpa pengorbanan...

Benarlah firman Allah Ta'ala di dalam surah Al-Asr ayat 1-3 bahawasanya manusia ini sentiasa berada dalam kerugian.

Walaupun SC kami bermula agak lewat, namun segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. Aku berpuas hati dengan respon dan kerjasama daripada junior2. Nampaknya kali ini mereka kelihatan lebih agresif. Aku cuba membawa gaya yang lebih santai dalam SC pada kali ini supaya tidak ada "anak buahku" atau aku sendiri yang merasa terbeban dan tertekan. Banyak persoalan2 yang mereka lontarkan yang rata-ratanya bersekitar dengan masalah ukhwah dan ikhtilat tidak syar'i. Memang diluar jangkaan. Aku cuba berkongsi pandangan dan memberi beberapa cadangan untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang menghantui mereka walaupun aku mengaku bahawa aku bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat kerana masih terdapat banyak kekurangan pada diri ini. Namun, secara peribadi bagiku memberi nasihat bukan hanya sebagai peringatan kepada orang lain namun juga sebagai INZAR kepada DIRI SENDIRI kerana TELINGA SENDIRI LEBIH HAMPIR DENGAN MULUT YANG BERBICARA. Tiba2 seorang junior mengangkat tangan untuk bertanya.

"Akak, macamana kita nak bagi nasihat pada orang yang ego. Asyik dia je yang betul. Lepas tu dia akan putar-belitkan hujah untuk menegakkan diri sendiri" soalnya.

Berkerut dahiku mendengar masalah adik ni. Otak ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Suatu ketika dulu, aku sendiri pernah berhadapan dengan masalah yang serupa dan insan2 dari kumpulan ini bukan seorang. Mungkin sahaja 10, 100 atau berjuta di luar sana. Seolah-olah terdapat riak2 kekeruhan dalam hubungan sesama mereka.


APA ITU UKHWAH ISLAMIYYAH???

align="center">

Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih-sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya adalah kurniaan atau pemberian daripada Allah Ta'ala. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”


(Al Anfaal ayat 63)


Alangkah indah jika berukhwah kerana Allah

Terdapat segelintir daripada kita yang memandang remeh kepada persoalan ukhwah. Ada yang beranggapan bahawa bergaul dengan masyarakat sekeliling adalah suatu yang tidak penting. Golongan ini lebih selesa hidup dalam dunianya sendiri. Mereka merasa aman dengan hanya memikirkan soal kepentingan dan keperluan diri sendiri sahaja. Mungkin golongan sebegini masih tidak menyedari akan peri pentingnya jalinan persaudaraan antara sesama manusia. Seandainya di renung dan difikirkan, sesungguhnya ukhwah Islam yang terjalin adalah ibarat satu jambatan yang menghubungkan antara sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Samada mahu dinafikan atau tidak, sesungguhnya dalam melalui putaran kehidupan seharian kita khususnya dalam melayari kehidupan sebagai seorang mahasiswa/wi memang kita tidak dapat lari daripada mengakui bahawa jalinan ukhwah itu memainkan peranan sangat penting dalam jadual hidup. Ukhwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh seperti yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w :

“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad).

1- Persaudaraan hendaklah semata-mata kerana Allah. Ia bukan dijalin atas dasar kebendaan atau untuk kepentingan peribadi yang tertentu agar persahabatan tersebut diberkati Allah.

2- Mestilah disertai dengan iman dan taqwa.

3- Persaudaraan hendaklah berlandaskan manhaj Islam. Sesiapa yang berukhwah perlulah sentiasa melazimi diri dengan peraturan2 yang telah ditetapkan oleh-Nya. Al-Quran dan Sunnah Baginda dijadikan sumber rujukan jika timbul sebarang pertikaian atau masalah.

4- Persaudaraan hendaklah mengamalkan dasar saling nasihat-menasihati.

5-Persaudaraan hendaklah dihayati dengan semangat tolong-menolong ketika senang dan susah.

Di dalam Islam, jalinan ukhwah adalah sesuatu yang sangat penting sebagai asas kepada perjuangan. Nabi s.a.w sendiri bersama para sahabat telah menunjukkan suri tauladan tolong-menolong dan bantu-membantu sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)

Dalam usaha untuk memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini, ia sangatlah memerlukan kepada ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhklan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat anggota yang lain. Islam juga telah menggariskan hak-hak seorang muslim yang perlu ditunaikan oleh seorang muslim yang lain dan perkara ini telah diberi penekanan bahawa ia adalah satu kewajipan yang perlu dalaksanakan secara praktikal dan bukan hanya sekadar dibibir sahaja atau teori sahaja.

-tajdidniatselalu-