Thursday, December 18, 2008

UMATKU...UMATMU


Segala pujian bagi Allah s.w.t, selawat dan salam ke atas Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Juga atas keluarga , para sahabat dan mereka yang mengambil petunjuk serta beramal dengan sunnahnya sehingga ke hari kiamat.

Firman Allah s.w.t di dalam kitab-Nya yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasul-Nya, dan kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepada rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur dan ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya."
(An-Nisaa' :136)

Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan hidupmu...

Aku teringat beberapa hari yang lepas aku bersama seorang ahli bait telah bermalam di rumah teman2 kami.. Saja menukar angin. Masing2 mencari mood untuk mengulangkaji selain merapatkan jurang ukhwah sesama kami. Ermm, hari ini jiran bilik aku tiada di biliknya. Terasa sunyi kerana tiada siapa yang boleh aku sakat. He3. Berbalik semula kpda kisah aku yang telah bermalam di rumah temanku tadi. Selepas makan malam dan bersolat Isya, seperti biasa masing2 mula bertebaran melakukan tugas masing2. Aku pula bersama 2 orang teman telah memilih ruang tamu sebagai tempat untuk kami melepak sambil mengulangkaji. 2 orang teman aku tadi duduk study beratap dan berdindingkan kelambu, manakala aku lebih selesa untuk duduk di luar kelambu sahaja dengan alasan untuk mendapatkan kualiti pencahayaan yang baik semasa membaca. Walaupun pada hakikatnya aku terpaksa bertepuk-tampar melayan kerenah "cik n" namun aku sanggup kerana aku telah bertekad untuk terus membaca di luar kelambu...Seronok juga bila aku perhatikan gelagat "cik n" yang bergantungan di kelambu. Bagi "cik n" yang tidak bernasib baik, mereka telah menemuai ajalnya ditangan aku.

Beberapa minit kemudian, datang seorang teman mengadu mengenai musykilah yang dihadapinya... Aku, berbekalkan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang ada telah memberikan khidmat nasihat percuma kpda temanku itu. Selesai aku berceloteh, temanku tadi terus membuka mulut mengenai isu2 yang berlaku di tanah air. Memang seronok kami bercerita walaupun dalam fatrah imtihan, namun aku tidak menjadikannya sebagai alasan untuk bersikap "tidak mengambil tahu" mengenai isu2 semasa kerana bagi aku segala isu2 semasa yang berlaku adalah salah-satu drpda "cabang masalah umat" maka kita perlu untuk mengambil tahu. Pelbagai isu yang kami bangkitkan namun isu yang paling hangat dan menjadi topik perbualan kami adalah mengenai "isu kenaikkan harga barang diseluruh dunia secara amnya dan di tanah air secara khususnya." Memang seronok apabila berpeluang bertukar-tukar pendapat bersama-sama walaupun di situ aku dapat menyaksikan pro dan kontranya. Namun bagi aku itu bukan 1 masalah kerana setiap individu berhak untuk bersuara mengeluarkan pendapat mereka dan sebagai pendengar kita harus bersikap "berlapang dada" dan "belajar menerima pandangan" teman2 lain..

Walaupun aku sering menerima teguran beberapa orang teman yang menasihatkan aku supaya jangan bersiasah ketika masih belajar, namun bagi aku sekadar mengambil tahu dan bercerita mengenai isu yang terjadi di tanah tumpahnya darah aku bukanlah bersiasah namanya. Bagi aku, ia merupakan sebahagian tanggungjawab kita sebagai rakyat yang sering melaung-laungkan bahawa kita menyayangi tanah air sendiri. Bagaimana yang dikatakan sayang seandainya enggan mengambil tahu khabar berita yang terjadi di sana. Sama-sama kita fikirkan ya teman2. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

"Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan membiarkannya dizalimi oleh orang lain"
(Hadis Mutaffaqun 'alaihi)

Sesungguhnya jika kita sedar, setiap individu dalam masyarakat Islam adalah ibarat 1 tubuh badan. Setiap drpda kita adalah anggota kpda tubuh yang satu. Setiap drpdanya mempunyai kaitan antara 1 sama lain. Setiap anggota menjiwai perasaan orang lain. Mereka akan bersama-sama samada dalam kegembiraan dan kesedihan; bergembira apabila mereka mendapat kegembiraan, kebahagiaan, kesenangan, ketenangan, kesihatan dan kesejahteraan, dan bersedih apabila mereka menderita, mendapat kesakitan, ditimpa kemiskinan, kemelaratan, kesempitan dan kesusahan hidup. Benar Rasulullah s.a.w dalam sabdanya :

"Perumpamaan orang yang beriman dalam berkasih-sayang, belas kasihan dan lemah-lembutnya bagaikan satu tubuh, apabila salah- satu anggotanya mengadu kesakitan, semua anggota lain turut berjaga malam dan demam."
(Hadis Mutaffaqun 'alaih)

Diantara kewajipan yang sangat ditekankan kpda seorang muslim terhadap saudaranya ialah bersegera untuk meringankan kesusahan dan dukacita saudaranya. Baginda s.a.w adalah contoh teladan yang baik dalam setiap perkara yang dianjurkan. Dia adalah sebaik-baik contoh dalam memberikan bantuan kpda sahabat-sahabatnya, terutamanya kpda mereka yang berhajat. Hidup di dunia ini penuh dengan kepenatan dan kesusahan. Seseorang sering kali mengalami kedukaan, kebingungan, kesempitan dan kesusahan hidup. Maka, menjadi kewajipan muslim yang lain untuk menyelesaikan penderitaannya mengikut kemampuan masing2.

-tajdidniatselalu-


No comments: