Saturday, February 13, 2010

'Kita Jumpa di Puncak"

-SEDIKIT CATATAN TENTANG TURSINA- (PART 1)


-pemandangan dari puncak jabal Musa (Subhanallah)-


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu juga kamu keluar (dari kubur). Dan kepunyaan-Nyalah siapa yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk."
(Surah Ar-Ruum : Ayat 26 & 27)
-wajah2 serikandi sebelum tiba di puncak-
Alhamdulillah... Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Tiada lafaz yang mampu diungkapkan sebaik menjejakkan kaki di puncak jabal Musa. Misi kami tercapai. Slogan "Kita jumpa di puncak" akhirnya berjaya direalisasikan. Kesemua 42 peserta akhawat yang menyertai rehlah pada kali ini berjaya menjejakkan kaki di puncak Tursina. Syukur tidak terhingga kerana diri ini diberi kesempatan dan kekuatan untuk sekali lagi menawan puncak jabal Musa. Tapi rehlah ke Semenanjung Sinai pada kali ini lebih bermakna kerana aku berkesempatan menghabiskan masa cutiku bersama seramai 41 orang ukhti2 medic dan pharmacy zagzig yang disayangi. Dan rehlah kali ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran pasangan mutazauwijin ustz mumtaz dan kak faezah bersama permata hati mereka wirdani uzma :)
-peserta mengambil kesempatan berdoa di tempat berkhalwat Nabi Musa di puncak Tursina-
Rehlah Semenanjung Sinai Akhawat 2010 ini telah dianjurkan oleh PERUBATAN Zagazig dengan bertemakan "Sirah Inspired Success Achieved" merupakan program julung kali bagi pihak OPZ namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar sepanjang 3 hari (10,11 & 12 feb 2010) program berlangsung. Komitmen dari semua adhoc, musyrif dan para peserta amat2 dihargai. Moga rehlah kali ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Banyak pengajaran yang diperolehi daripada rehlah J3T ini. Moga harapan untuk menjadikan sirah sebagai inspirasi mencapai kejayaan akan menjadi kenyataan.
-tajdidniatselalu-