...BERKELANA...
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui."
Namun sayang sekali kerana hanya sedikit daripada kita yang mengambil kesempatan atas nikmat yang dikurniakan Ilahi. Terdapat sebahagiaan daripada kita yang sanggup menyeksa diri, mengambil jalan mudah dengan berkurung di dalam kamar bersama kesunyian dan kekosongan yang menyeksakan apabila didatangi suatu masalah atau tatkala ditimpa suatu musibah. Lantas enggan menyertai aktiviti teman-teman yang lain walaupun puas dipujuk-rayu. Alasannya mudah. Mahu mencari ketenangan dan tidak mahu diganggu. Mungkin ada kebenarannya. Tetapi perlu diingat bahawa kamar bukanlah dunia kita yang sebenarnya. Adalah lebih baik bagi kita memerhati tumbuh-tumbuhan yang merendang, burung-burung yang berkicauan dan awan yang berarak sambil memikirkan kebesaran dan keagungan-Nya.
...DULU...

Aku pandang kiri. Aku pandang kanan. Mencari-cari wakil yang menyambut kedatangan kami. Namun hampa. Tiada papan tanda yang tertulis "Pelajar Perubatan Johor" atau sekurang-kurangnya "Pelajar Johor" yang kelihatan. Dalam kekalutan, aku bersama 3 orang teman memberanikan diri berbaris dibelakang penumpang-penumpang lain untuk mengecop pasport. Dalam situasi sebegini, timbul perasaan untuk berpatah-balik ke tanah air. Namun bila teringat kembali amanat-amanat yang diberikan oleh keluarga, membuatkan aku nekad untuk meneruskan pengajian dan pengembaraanku di ardul kinanah ini. Biar apa terjadi akan ku
"Ya!" Jawab kami serentak.
"Ha. Pergi sana. Ada wakil pelajar yang datang jemput kamu" sambungnya lagi.
Kami hanya menurut arahan beliau. Sebaik menoleh ke arah yang ditunjukkannya, kelihatan sebuah papan tanda yang kami cari-cari sebentar tadi. Tiba-tiba semangat dalam diri membara kembali sebaik melihat ada tangan-tangan yang melambai ke arah kami. Kehadiran kami disambut mesra oleh wakil barisan Exco Badan Kebajikan Anak Negeri Johor. Walaupun baru pertama kali bersua, namun kemesraan dan keramahan yang dizahirkan seolah-olah kami telah lama saling mengenali.
Lebih kurang beberapa jam saja lagi kumpulan pertama mahasiswa tersebut akan tiba. Insya-Allah seandainya diizinkan Dia, kita akan berkenalan nanti. Kita nantikan kedatangan junior2 Zaqziq ya teman-teman.
-tajdidniatselalu-