Wednesday, June 10, 2009

DAH FESYEN MACAM TU...

Permasalahan yang kerap kali dibicarakan...AURAT..AURAT...AURAT... memandangkan musim imtihan yang masih berbaki 3 minggu lagi, ketiadaan usrah mingguan setelah hampir sebulan lamanya memperlihatkan pelbagai perubahan yang agak mengejutkan... Ya, mungkin sudah lama diri tidak di ISI... Mungkin juga tiada yang mengingatkan... Maka lupalah dan terus hanyutlah si labu bersama labu2 airnya... Yok kepada yang rajin membaca, bolehlah layan seloka dibawah ni yang aku jumpa di blog seorang insan yang tidak aku kenali...Tapi ada gak part2 yang aku cut sebab terlalu panjang...Moga seloka ini direnung2kan bersama pengajarannya....
Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau keras hati gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung, Lebih elok jubah jika direnung, Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nak bertarung.
Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian moden memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat. Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai memanglah dipandang jahat, Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.
Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi juga fikirkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan.


Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Apa yang baik hendaklah ikuti, Kalau boleh besok amali

Baju ketat seluar sendat, Pakai tudung just ikat-ikat ,Dari mula memang bukan adat, Disudut agama pun gaya tak berkat


Tudung jarang baju nipis, Pakai sikit boleh nampak 'garis', Mata orang terbeliak, kita membengis, Bila kena kutuk, kenapa menangis

Kebaya ketat, kain terbelah, Ikat tudung macam tak sudah, Nak ikut suruhan agama memang tak mudah, Tapi Islam sebenarnya indah


Dah kalau mula minat nak bertudung, Cubalah sesuaikan apa yang disarung, Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung', Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung


Bertudung itu bukan satu paksaan, Ianya lebih kepada keinsafan, Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan, Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan


Asal menutup aurat itu tuntutan, Kalau dianggap susah, tu sebab bosan, Yang ye nya hati tak berkenan, Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat, Kepada agama kita taat, Hidup berkat pahala berlipat-lipat, Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat, Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat, Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Kita memang hidup dalam era serba maju, Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju, Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu', Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna, Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa Pun tak usahlah juga terlebih gaya, Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya,Fesyen busana muslimah yang paling kena, Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je.

So camne kawan2??? Best tak seloka ni.. Memang nampak sempoi tapi kalau dihayati maksud yang tersirat amat mendalam.. Hanya mereka yang membaca dengan mata hati akan dapat menilai erti disebalik seloka ini...So jom semak semula diri kita.. Yok renovate apa yang patut...
-tajdidniatselalu-

Sunday, June 7, 2009

...CINTUT...

Pagi yang cerah. Sinar mentari yang memancar memberikan secebis harapan kepada penghuni dunia.

Penceramah itu bersuara,

"Cinta itu ibarat kentut. Mahu dilepaskan malu tapi kalau disimpan jadi tidak keruan" ujarnya.

Suasana dewan menjadi hingar seketika dengan deraian ketawa para peserta Program Motivasi dan Kecemerlangan SPM 2005. Bunyinya memang lucu. Pertama kali kami mendengar pepatah "CINTA" itu. Otak ligat berputar mencari persamaan antara "CINTA" dan "KENTUT". Apabila dibuat perbandingan, memang ada kebenarannya pepatah tersebut. Bunyi macam lawak tapi sungguh pedas bagi sesiapa yang terkena panahan ayat tersebut.
Setelah letih ketawa, ceramah diteruskan kembali. Masing-masing tersipu-sipu sendirian. Cuba mengulang-ulang pepatah penceramah sebentar tadi. Atau mungkin ada yang mula terkenang atau teringatkan pasangan masing2 (makwa @ pakwa @ marka @ gewe dan yang sewaktu dengannya)...

Ketika itu usia masih sekitar belasan tahun. Terlalu muda untuk mendefinasikan apa itu CINTA. Terlalu banyak bermain. Masih tidak mengerti apa sebenarnya yang perlu dicari dalam hidup ini. Waktu itu, matlamat hidup juga masih belum jelas. Namun kini, sedikit pengalaman semakin mendewasakan. Bukan aku tapi kita semua.

APA ITU CINTA ???


Salahkah kalau seseorang itu ingin bercinta? Bisakah manusia hidup tanpa cinta? CINTA itu apa sebenarnya ya?

"CINTA" seringkali menjadi topik yang menarik untuk dibualkan. Tapi adakah cinta itu cukup sekadar "I LOVE U"?. Memang tidak dapat dinafikan bahawa cinta itu ada dimana-mana. Tidak kira siapalah dia. Tidak kira dia seorang yang miskin atau kaya, tidak kira dia seorang yang cantik atau hodoh, tidak kira dia orang kampung atau orang bandar, CINTA itu akan tetap tumbuh samada kita suka atau tidak terutamanya dikalangan anak2 remaja.

Cinta merupakan satu nikmat dari Allah. Hidup terasa kosong tanpa cinta. Cinta merupakan suatu yang kudus dan suci. Dalam Al-Quran sendiri, Allah Ta'ala telah puluhan kali menyebut kalimah cinta. Sesungguhnya kalimah "hubb", "cinta", "kasih" ini datang dari Allah Ta'ala dan dikurniakan kepada manusia. Cuma kadang2 manusia gagal memahami apa itu cinta dan menyebabkan hakikat dan kesucian cinta itu tercemar. (aku petik dari kalam penceramah Al-Kuliyyah)

Perasaan kasih, cinta dan sayang adalah fitrah semulajadi manusia. Setiap daripada kita inginkan untuk disayangi, dikasihi dan dicintai.

Seandainya perasaan kasih dan sayang ini tidak wujud bagaimana, sang ibu bisa mengandung, melahirkan, menyusu, mengasuh dan mendidik putera-puterinya hingga sanggup mengorbankan apa sahaja asalkan rezeki kurniaan Ilahi itu bisa membesar dengan sempurna...

Tanpa perasaan kasih dan sayang, bagaimana sang ayah sanggup bersengkang mata siang dan malam mencari nafkah agar si anak bisa disekolahkan, bisa diberi makan yang enak2, bisa dibelikan pakaian yang cantik2... Harapan mereka menggunung tinggi hendaknya. Agar putera-puteri mereka menjadi pembela agama kelak nanti.

Ah... terlalu hebat kuasa cinta... terlalu hebat kuasa kasih dan sayang... hanya yang buta hatinya tidak mampu untuk menilai akan mahalnya harga perasaan cinta, kasih dan sayang itu :-)

TERBALIK

Besar sungguh harapan ayahbonda. Walaupun mereka tidak mengungkapkannya, namun aku yakin sebagai anak kita pasti mengerti akan hal itu.

Namun apa yang terjadi kini banyak yang sebaliknya. Dihantar belajar nun jauh diseberang laut sana dengan harapan pulang nanti bisa menjadi pembela agama, namun rupa-rupanya makin berjauhan dengan keluarga semakin galak dia menjadi pembelot kepada agamanya.

Makin seronok dia hanyut dengan maksiat2 yang sengaja dia mendekatinya. Katanya sudah ditarbiyah , katanya sudah banyak thaqafah, namun masih kabur untuk membezakan antara yang hak dan yang bathil.

Mungkin tidak disedari. Rupa-rupanya hidayah Ilahi semakin menjauhi. Bila dinasihati, cuba mencari pelbagai helah untuk membela diri. Bila dimarahi, cuba mencari kesalahan orang lain tanpa melihat kepada kesilapan diri. Kasihan pada yang TIDAK JEMU MENASIHATI. Walaupun ibarat mencurah air ke daun keladi, namun kerana dakwah ini amanah Ilahi mereka akan tetap gagah untuk terus menasihati. Kerana ukhwah yang dibina adalah atas dasar kasih dan sayang kepada-Nya, mereka akan terus gigih menghalang sahabatnya itu daripada tergelincir dari landasan yang diredhai.

JANGAN DEKATI !!!

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Al-Israa : 32)

So, muhasabah semula diri. Ada tak kita buat perkara2 yang mendekati zina??? Tidak kiralah apa sahaja jenis zina, zina hati, zina mata, zina tangan, zina mulut dan yang sewaktu dengannya... lebih baik segera kita tinggalkan supaya saham DOSA tidak terus bertimbun dengan banyaknya lagi pula kita tidak tahu bila kita akan dijemput oleh-Nya.. Entah esok, lusa atau mungkin sebentar sahaja lagi... SALAM MUJAHADAH...

-tajdidniatselalu-









…RENDAHKANLAH HATIMU SEPERTIMANA DALAMNYA LAUTAN….

Kadang-kadang kita lupa, dalam mencari kebenaran dan berdakwah ke jalan Allah, kita selalu meminggirkan orang lain, dalam usaha kita berdakwah kpda orang lain, dengan niat untuk membawa mereka ke jalan Allah, kita selalu menganggap kita yang terbaik walhal kita semua sama sahaja, yang membezakan diri kita dan orang lain hanyalah iman, ilmu dan ketakwaan kita. Siapa kita untuk mengukur keimanan dan ketakwaan oran lain ??? Sedangkan iman di hati sendiri belum ada alat pengukurnya, sedangkan iman di hati kita bukannya seperti iman para sahabat, iman mereka tinggi ketika bersama Rasulullah, rendah ketika jauh dari baginda..tapi kita??? Bukan naik turun, KELUAR MASUK.. Masya-Allah.. siang kita beriman, malam kita kufur…malam kita beriman, siang kita kufur.. Nauzubillah.


" Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa".. (Imam Abu Hanifah)


..dari percakapan seorang drpda 4 Imam besar, jelaslah mengatakan bahawa Allah tidak memandang kpda pakaian seseorang itu, tapi Allah menilai dirinya berdasarkan Ilmu dan Ketakwaan seseorang. Bukan maksud saya mengatakan bahawa seseorang itu bebas untuk berpakaian tanpa mengikut landasan Islam sambil mendabik dada mengatakan aku sudah berilmu, jangan menilai dari pakaian aku. Tidak, silap sebenarnya.
Kenapa Allah memberi kemuliaan kpda orang yang berilmu dan bertakwa??? Kerana bila ilmu di minda dan takwa di hati… sesungguhnya ilmu itu sebagai petunjuk dan takwa itu sebagai penghalang dari diri kita untuk melakukan maksiat. Ilmu mengatakan " Untuk menilai seseorang, tengok dari segi pakaiannya".. Takwa pula menghalang diri dari berpakaian yang dilarang Islam.. yang tentunya jauh terpesong dan mendedahkan aurat.
Dalam kita berdakwah, tidak kira tempat atau masanya, perlulah kita ingat rendahkanlah diri kita seperti dalamnya lautan dan iman kita seperti berharganya mutiara di dasarnya. Disini ingin saya senaraikan 5 amalan atau tips2 untuk kita menjadi seorang yang zuhud dan dikasihi ramai dalam berdakwah. Pesam Imam Hanafi :


1. Hormat, sayang dan anggap kanak2 lebih mulia drpda kita kerana mereka belum berdosa dan sesungguhnyya mereka lebih suci dari kita.

2. Hormat kpda orang yang lebih tua dari kita kerana sesungguhnya mereka lagi dahulu dari kita dalam melakukan ibadah dan beramal.

3. Menyanjungi orang alim dan ulama kerana sesungguhnya ilmu mereka lebih tinggi drpda kita, belajarlah drpda mereka.

4. Malu kpda orang jahil dan kafir kerana sesungguhnya mereka melakukan dosa dan maksiat tanpa mengetahui dosanya, sedangkan kita melakukan kesalahan walhal kita tahu azabnya.

5. Jangan anggap orang yang berdosa lebih jahat drpda kita kerana sesungguhnya hidayah milik Allah dan dan bila2 masa sahaja Allah akan memberi hidayah dan menarik hidayah kita. Mungkin suatu hari nanti dirinya akan lebih mulia di sisi Allah drpda kita yang mencercanya dahulu (Nauzubillah)

Moga kita semua dapat pegang dan ikut apa yang disenaraikan di atas supaya usaha kita akan diredhai Allah, jadilah seorang yang zuhud dan rendah diri agar kita disenangi, jangan anggap diri kita yang terbaik dan kita meminggirkan rakan2 kita yang memerlukan "tangan" untuk membimbing mereka…


( Sumber : Soutul Islah )

-tajdidniatselalu-