Sunday, June 7, 2009

...CINTUT...

Pagi yang cerah. Sinar mentari yang memancar memberikan secebis harapan kepada penghuni dunia.

Penceramah itu bersuara,

"Cinta itu ibarat kentut. Mahu dilepaskan malu tapi kalau disimpan jadi tidak keruan" ujarnya.

Suasana dewan menjadi hingar seketika dengan deraian ketawa para peserta Program Motivasi dan Kecemerlangan SPM 2005. Bunyinya memang lucu. Pertama kali kami mendengar pepatah "CINTA" itu. Otak ligat berputar mencari persamaan antara "CINTA" dan "KENTUT". Apabila dibuat perbandingan, memang ada kebenarannya pepatah tersebut. Bunyi macam lawak tapi sungguh pedas bagi sesiapa yang terkena panahan ayat tersebut.
Setelah letih ketawa, ceramah diteruskan kembali. Masing-masing tersipu-sipu sendirian. Cuba mengulang-ulang pepatah penceramah sebentar tadi. Atau mungkin ada yang mula terkenang atau teringatkan pasangan masing2 (makwa @ pakwa @ marka @ gewe dan yang sewaktu dengannya)...

Ketika itu usia masih sekitar belasan tahun. Terlalu muda untuk mendefinasikan apa itu CINTA. Terlalu banyak bermain. Masih tidak mengerti apa sebenarnya yang perlu dicari dalam hidup ini. Waktu itu, matlamat hidup juga masih belum jelas. Namun kini, sedikit pengalaman semakin mendewasakan. Bukan aku tapi kita semua.

APA ITU CINTA ???


Salahkah kalau seseorang itu ingin bercinta? Bisakah manusia hidup tanpa cinta? CINTA itu apa sebenarnya ya?

"CINTA" seringkali menjadi topik yang menarik untuk dibualkan. Tapi adakah cinta itu cukup sekadar "I LOVE U"?. Memang tidak dapat dinafikan bahawa cinta itu ada dimana-mana. Tidak kira siapalah dia. Tidak kira dia seorang yang miskin atau kaya, tidak kira dia seorang yang cantik atau hodoh, tidak kira dia orang kampung atau orang bandar, CINTA itu akan tetap tumbuh samada kita suka atau tidak terutamanya dikalangan anak2 remaja.

Cinta merupakan satu nikmat dari Allah. Hidup terasa kosong tanpa cinta. Cinta merupakan suatu yang kudus dan suci. Dalam Al-Quran sendiri, Allah Ta'ala telah puluhan kali menyebut kalimah cinta. Sesungguhnya kalimah "hubb", "cinta", "kasih" ini datang dari Allah Ta'ala dan dikurniakan kepada manusia. Cuma kadang2 manusia gagal memahami apa itu cinta dan menyebabkan hakikat dan kesucian cinta itu tercemar. (aku petik dari kalam penceramah Al-Kuliyyah)

Perasaan kasih, cinta dan sayang adalah fitrah semulajadi manusia. Setiap daripada kita inginkan untuk disayangi, dikasihi dan dicintai.

Seandainya perasaan kasih dan sayang ini tidak wujud bagaimana, sang ibu bisa mengandung, melahirkan, menyusu, mengasuh dan mendidik putera-puterinya hingga sanggup mengorbankan apa sahaja asalkan rezeki kurniaan Ilahi itu bisa membesar dengan sempurna...

Tanpa perasaan kasih dan sayang, bagaimana sang ayah sanggup bersengkang mata siang dan malam mencari nafkah agar si anak bisa disekolahkan, bisa diberi makan yang enak2, bisa dibelikan pakaian yang cantik2... Harapan mereka menggunung tinggi hendaknya. Agar putera-puteri mereka menjadi pembela agama kelak nanti.

Ah... terlalu hebat kuasa cinta... terlalu hebat kuasa kasih dan sayang... hanya yang buta hatinya tidak mampu untuk menilai akan mahalnya harga perasaan cinta, kasih dan sayang itu :-)

TERBALIK

Besar sungguh harapan ayahbonda. Walaupun mereka tidak mengungkapkannya, namun aku yakin sebagai anak kita pasti mengerti akan hal itu.

Namun apa yang terjadi kini banyak yang sebaliknya. Dihantar belajar nun jauh diseberang laut sana dengan harapan pulang nanti bisa menjadi pembela agama, namun rupa-rupanya makin berjauhan dengan keluarga semakin galak dia menjadi pembelot kepada agamanya.

Makin seronok dia hanyut dengan maksiat2 yang sengaja dia mendekatinya. Katanya sudah ditarbiyah , katanya sudah banyak thaqafah, namun masih kabur untuk membezakan antara yang hak dan yang bathil.

Mungkin tidak disedari. Rupa-rupanya hidayah Ilahi semakin menjauhi. Bila dinasihati, cuba mencari pelbagai helah untuk membela diri. Bila dimarahi, cuba mencari kesalahan orang lain tanpa melihat kepada kesilapan diri. Kasihan pada yang TIDAK JEMU MENASIHATI. Walaupun ibarat mencurah air ke daun keladi, namun kerana dakwah ini amanah Ilahi mereka akan tetap gagah untuk terus menasihati. Kerana ukhwah yang dibina adalah atas dasar kasih dan sayang kepada-Nya, mereka akan terus gigih menghalang sahabatnya itu daripada tergelincir dari landasan yang diredhai.

JANGAN DEKATI !!!

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Al-Israa : 32)

So, muhasabah semula diri. Ada tak kita buat perkara2 yang mendekati zina??? Tidak kiralah apa sahaja jenis zina, zina hati, zina mata, zina tangan, zina mulut dan yang sewaktu dengannya... lebih baik segera kita tinggalkan supaya saham DOSA tidak terus bertimbun dengan banyaknya lagi pula kita tidak tahu bila kita akan dijemput oleh-Nya.. Entah esok, lusa atau mungkin sebentar sahaja lagi... SALAM MUJAHADAH...

-tajdidniatselalu-









3 comments:

HUSNA said...

fulamak...izan dh terjebak..hehe
bukan org couple je yg mndekati zina..yg single pun kadang2 bole terjebak juga...thanx kwn..igtkn kte

::..uraihan..:: said...

salam..

tak pernah lagi dengar cinta macam kentut..

nice..
hehe..

yang kita pernah dengar,ada dua benda je,kalau dah terlepas,tak boleh ditarik balik (ni ustzah kite yg cakap)
1)talak
2)kentut..

wahaha,itu bukan tajuk utama..

betul kata Husna,yang single pun kadang2 boleh terjebak..zina hati..

thanx izan untuk peringatan ni~~

Wardatul Shaukah said...

salam.

cintut.. haha. tergelak saya membaca. but mostly i agree with that. nice article. keep up that good writing. moga Allah berkati :)

salam perjuangan..