Thursday, April 30, 2009

HIDUP UNTUK ISLAM

Seandainya ditanya, sudah pasti ramai dikalangan kita yang mengaku bahawa dia MENCINTAI ISLAM... Ramai yang mengaku bahawa dia MENYAYANGI ISLAM... Ramai yang kata bahawa mereka akan MENJAGA KETINGGIAN ISLAM. Namun, apa buktinya??? Cukupkah sekadar kata2 untuk membuktikan bahawa anda benar2 MENCINTAI ISLAM???
Jadi apakah sifat-sifat mereka yang benar2 HIDUP UNTUK ISLAM???



A) BENAR-BENAR TERIKAT MENURUT AJARAN ISLAM

Iman itu bukanlah hanya dengan angan2 sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang tertanam dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan. Firman Allah Ta'ala selalu sahaja mengaitkan antara iman dan amal.


Yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
(Surah Al- Asr, Ayat: 3)

Yang bermaksud: Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikkan sedang kamu lupa kepada diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Surah As-Saff, Ayat: 3)

B) MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN ISLAM

Berhubung dengan tuntutan ini Rasulullah s.a.w bersabda:

"Berkisarlah kamu bersama-sama dengan Kitab Allah (untuk kepentingan Islam) dimana kepentingan berkisar-kisar"

Baginda juga bersabda:

"Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka".


C) MERASA MULIA DENGAN KEBENARAN ISLAM DAN YAKIN KEPADA ALLAH

Ini adalah antara sifat-sifat orang yang beriman.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al- Munafiquun, Ayat: 8)


Didalam sejarah Islam kita dapat melihat ratusan contoh yang memperlihatkan kemuliaan, ketegasan, pendirian dan keberanian yang dirakamkan oleh generasi pertama umat Islam seperti Said bin Jubair, Khubaib bin Adi, Mus'ab bin Umair dan lain2 lagi yang sewajarnya dipelajari perjalanan hidup mereka untuk dijadikan contoh teladan.


D) BERILTIZAM DENGAN KERJA-KERJA ISLAM DAN KERJASAMA DENGAN AKTIVITI2 ISLAM

Apabila kita mengaku bahawa kita sebagai seorang muslim, maka kita wajib bekerja untuk Islam. Kita patut bekerjasama dengan pendakwah yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar2 Islam.

Allah berfirman yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan". (Surah Al- Maidah, Ayat: 2)

Baginda s.a.w bersabda:

"Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana 1 bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara 1 sama lain". (H.R Bukhari Muslim)

(dipetik dari kitab APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM, karangan Fathi Yakan)

Jadi sudahkah sifat2 diatas tersemai dalam diri kita ??? Atau kita sekadar bijak berkata2 namun usahanya tiada. Ataupun kita hanya mahu menjadi pemerhati sahaja??? Sama2 kita muhasabah diri dan mengkoreksi diri.

-tajdidniatselalu-











Tuesday, April 28, 2009

TAMPARAN

Segala puji aku panjatkan kepada-Nya Tuhan yang Maha Berkuasa menguasai seluruh kerajaan langit dan bumi. Bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas. Moga setiap hembusan nafas itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk ISLAM. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman." (Az-Zaariyaat, Ayat: 55)

KERNEH GAMAAH…

Teringat peristiwa yang berlaku pada 2 hari yang lalu. Dengan semangat untuk menduduki imtihan yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi, aku bersama 2 orang ahli bait mengorak langkah menuju ke gamaah dengan 1 tujuan dan 1 tekad. Ya! Hari ini kami mesti mendapatkan kerneh gamaah sebelum imtihan tahriri yang akan bermula pada 16 Mei akan datang. Suhu persekitaran yang semakin meningkat dari sehari ke sehari itu tidak langsung mematahkan niat kami untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh sejak sekian lama.

Setibanya kami di gamaah, layanan daripada ammu dan mama di dalam pejabat pelajar tersebut pada awalnya memberi 1 kelegaan kepada kami. Namun segalanya berubah apabila kami diarahkan untuk pergi ke sebuah bilik yang lain untuk membuat urusan pembayaran. Walaupun bilik tersebut penuh dengan student2 arab yang berasak-asak untuk menuntut saguhati dari pihak gamaah sebagai hadiah untuk mereka yang memperolehi natijah yang cemerlang pada imtihan sesi lepas, kami gagahkan juga kaki meredah lautan manusia tersebut. Urusan yang sepatutnya bisa diselesaikan dalam masa setengah jam telah mencuri masa kami selama hampir 3 jam. Tahu apa yang kami lakukan??? Kami menggunakan masa 3 jam hanya untuk berdiri dihadapan pegawai kewangan tersebut hanya untuk mendapatkan sekeping resit sebagai bukti pembayaran. Sangat menguji KESABARAN! Untuk menyedapkan hati, aku menganggap ini juga merupakan 1 medan TARBIYAH untuk kami.

Kehadiran kami seolah-olah diabaikan oleh ammu tersebut. Memang rasa sedih tapi bila difikirkan kembali apalah sangat nilainya perhatian dari manusia jika mahu dibandingkan dengan nilai perhatian dari Yang Maha Esa... Bila kami bersuara, dia hanya menjawab "istanna syuwaiyah" sambil tersenyum. Kerana menghormati dia sebagai orang tua, kami hanya terus membatu walaupun terus diasak. Hati menjadi sejuk tatkala disapa oleh beberapa orang student arab yang prihatin dengan kami. Indahnya ukhwah. Walaupun kita saling tidak mengenali, namun atas kesinambungan kita iaitu ISLAM, tidak kira dimana kita berada dan siapa pun kita, kita adalah BERSAUDARA.

"ezza eh??? Ul…ul...ul" ujar mereka yang bersimpati.

Aku hanya mampu tersenyum kepada Amirah yang setia menghadap ammu tersebut dari awal hingga selesai urusan pada hari tersebut. Bila dikenang kembali, aku bersyukur kerana menjadi insan yang terpilih untuk berhadapan dengan UJIAN tersebut. Walaupun nampak hanya urusan yang biasa namun banyak iktibar yang aku peroleh sepanjang berusan dengan ammu tersebut sambil memerhati tingkah-laku dan kerenah mahluk yang bernama "MANUSIA". Bermacam lagak dan gaya.

Ya! Tidak kira apa jua situasi yang kita hadapi, semua itu adalah ujian buat kita. Tidak kira samada KEGEMBIRAAN, KESEDIHAN, KEKAYAAN, KEMISKINAN hatta KASIH-SAYANG yang kita terima daripada insan sekeliling juga merupakan UJIAN buat kita. Terdapat sesetengah daripada kita yang mentafsirkan bahawa ujian hanyalah apabila kita menghadapi KESUSAHAN dan KESEDIHAN sahaja. Teori yang aku kira SALAH sama sekali.



TAMPARAN WANITA 1!!!

Selesai segala urusan, aku singgah di rumah seorang teman. Semua sedang berehat. Letih barangkali. Musim panas begini, badan mudah menjadi lemah. Kadar dehydration meningkat oleh suhu yang semakin meninggi. Sebaik masuk ke dalam rumah, semua sedang hangat memperkatakan tentang tajuk2 post blog teman2 sempena dengan musim imtihan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Memang meletup. Mungkin itu antara sindrom2 di musim imtihan. Barangkali berlaku perubahan hormone dalam badan. Semuanya jadi lain macam dan ada yang bermacam-macam.

Tiba2 seorang teman menyapa,
,
"Ko punye blog macam dah lama tak aktif ye???"
"Ermmm, internet rumah dah nak dekat sebulan tak ade" ujar aku membela diri.
"Eh..tapi blog ko dah berbulan-bulan tak update"

PANG!!! Terasa seperti satu tamparan hinggap di pipi.
BUKU BIRU

Balik rumah, aku menyambung pembacaan yang tertangguh. Sebuah buku berwarna biru karangan Ustaz Hasrizal menjadi pilihan untuk mengisi ruang2 kosong pada waktu petang. Tajuk yang menarik. Catatan pengalaman yang diolah dalam bentuk penceritaan seakan sebuah novel.

Kalau hendak dibandingkan antara kitaran hidup aku dan beliau bersama isteri dan anak2nya, aku rasa memang tidak patut. Namun sekadar mengambil iktibar rasa tiada salahnya. Bayangkan, dia yang memegang title sebagai seorang suami, bapa, pelajar, kaunselor dan seorang pejuang agama Tauhid ini, masih mampu mencuri-curi untuk terus menulis walaupun dari pembacaan ku seolah-olah tiada ruang senggang langsung dalam diari kehidupannya.
Helaian demi helaian aku teliti. Tiba2 mata enggan beralih dari terus memandang pada sebaris ayat yang membuatkan aku terkesan. Kata2 penulis telah membuatkan aku tersedar kembali akan tanggungjawab yang sedang kita pikul. Mungkin juga amanah yang seringkali dilupakan iaitu 'BERAMAL UNTUK ISLAM'.
Ujar penulis " mudah2an kesibukkan yang dikurniakan kepadanya bukanlah kesibukkan yang sia2 dan mudah2an kesibukkan tersebut dapat dimanfaatkan oleh dirinya dan masyarakat".
Ini sebagai muhasabah untuk diri sendiri. KESIBUKKAN juga merupakan 1 ujian dan mudah2an kesibukkan tersebut memberi faedah bukan sahaja di dunia semata tapi lebih penting adalah di akhirat sana.
-tajdidniatselalu-