Thursday, April 30, 2009

HIDUP UNTUK ISLAM

Seandainya ditanya, sudah pasti ramai dikalangan kita yang mengaku bahawa dia MENCINTAI ISLAM... Ramai yang mengaku bahawa dia MENYAYANGI ISLAM... Ramai yang kata bahawa mereka akan MENJAGA KETINGGIAN ISLAM. Namun, apa buktinya??? Cukupkah sekadar kata2 untuk membuktikan bahawa anda benar2 MENCINTAI ISLAM???
Jadi apakah sifat-sifat mereka yang benar2 HIDUP UNTUK ISLAM???



A) BENAR-BENAR TERIKAT MENURUT AJARAN ISLAM

Iman itu bukanlah hanya dengan angan2 sahaja tetapi ia adalah sesuatu yang tertanam dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan. Firman Allah Ta'ala selalu sahaja mengaitkan antara iman dan amal.


Yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
(Surah Al- Asr, Ayat: 3)

Yang bermaksud: Patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikkan sedang kamu lupa kepada diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (Surah As-Saff, Ayat: 3)

B) MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN ISLAM

Berhubung dengan tuntutan ini Rasulullah s.a.w bersabda:

"Berkisarlah kamu bersama-sama dengan Kitab Allah (untuk kepentingan Islam) dimana kepentingan berkisar-kisar"

Baginda juga bersabda:

"Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka".


C) MERASA MULIA DENGAN KEBENARAN ISLAM DAN YAKIN KEPADA ALLAH

Ini adalah antara sifat-sifat orang yang beriman.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman." (Surah Al- Munafiquun, Ayat: 8)


Didalam sejarah Islam kita dapat melihat ratusan contoh yang memperlihatkan kemuliaan, ketegasan, pendirian dan keberanian yang dirakamkan oleh generasi pertama umat Islam seperti Said bin Jubair, Khubaib bin Adi, Mus'ab bin Umair dan lain2 lagi yang sewajarnya dipelajari perjalanan hidup mereka untuk dijadikan contoh teladan.


D) BERILTIZAM DENGAN KERJA-KERJA ISLAM DAN KERJASAMA DENGAN AKTIVITI2 ISLAM

Apabila kita mengaku bahawa kita sebagai seorang muslim, maka kita wajib bekerja untuk Islam. Kita patut bekerjasama dengan pendakwah yang menyeru kepada Allah dan menyuruh kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumahtangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang benar2 Islam.

Allah berfirman yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan". (Surah Al- Maidah, Ayat: 2)

Baginda s.a.w bersabda:

"Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana 1 bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara 1 sama lain". (H.R Bukhari Muslim)

(dipetik dari kitab APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM, karangan Fathi Yakan)

Jadi sudahkah sifat2 diatas tersemai dalam diri kita ??? Atau kita sekadar bijak berkata2 namun usahanya tiada. Ataupun kita hanya mahu menjadi pemerhati sahaja??? Sama2 kita muhasabah diri dan mengkoreksi diri.

-tajdidniatselalu-











No comments: