Monday, May 4, 2009

SATU HATI

Bilakah lagi… Kita semua satu hati…
Bilakah lagi… Keamanan kan dikecapi…
Bilakah lagi… Islam kan dijulang tinggi…
Bangunlah wahai ummah… Kita satu hati…

Ya! Kerana SATU HATI, kami masih mampu bersama hingga ke hari ini walaupun kadangkala berlaku beberapa pertelingkahan dan perbalahan kecil. Kerana SATU HATI juga kami ditakdirkan hidup sebumbung walaupun hakikatnya kami baru sahaja berkenalan di Ardhul kinanah ini. Mungkin pada mulanya kami sukar untuk terima keadaan itu tapi aku tahu pada ketika itu kami terlupa bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"…sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)"
(Surah Al-Talaq, Ayat: 3)

Jutaan terima kasih buat ahli bait tersayang (dura, najwa, amirah, adila) yang sentiasa bersama ketika senang dan susah. Juga jutaan kemaaafan aku pohon seandainya diri ini pernah atau secara tidak sengaja telah melukai kalian. Aku hanyalah mahluk yang lemah dan serba kekurangan.


HIDUP SECARA KOLEKTIF

Masa zaman aku muda remaja dulu, tidak pernah pula terlintas dibenak fikiran tentang persoalan SATU, BERSATU atau KESATUAN. Tapi bila sudah merantau jauh hingga ke tanah yang pernah dijejaki oleh para nabi juga tanah yang pernah dipijak oleh firaun ini, persoalan ini menjadi agak SENSITIF.

Hidup merantau tanpa ayah dan bonda disisi, juga tanpa adik2 yang menjadi teman untuk bergaduh telah membuka mata bahawa kita tidak mampu untuk hidup bersendiri. Lihat sahaja sejarah penciptaan manusia bagaimana ibu kita Hawa telah dicipta sebagai teman kepada Nabi Adam sewaktu disyurga. Firman Allah Ta'ala yang bemaksud :


"Hai Adam tinggallah kamu dan isterimu dalam syurga ini, dan makanlah makanan-makannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai…"
(Surah Al-Baqarah, Ayat: 35)


Dari Adam dan Hawa, maka berkembang biaklah generasi manusia dari satu keturunan kepada keturunanan yang lain. Jangan dilupa bahawa siapa pun kita, sesungguhnya kita berasal dari bapa yang sama.

Seringkali kita terlupa bahawa jalinan ukhwah sesama kita merupakan satu tuntutan dalam memenuhi fitrah sebagai mahluk yang serba kekurangan. Bagaimana bisa kita melaksanakan muamalah harian seandainya mahu hidup bersendiri.

Mampukah kita seandainya sakit, kita rawat dan buat ubat sendiri. Seandainya kepingin makan ikan, kita tangkap sendiri di laut. Seandainya mahu masak nasi, kita tanam sendiri padi. Seandainya ingin menulis, kita hasilkan sendiri pen dan kertas. Mampukah kita ???
Syabas bagi mereka yang jawapannya ya namun sukar untuk dipercayai. Sedangkan ISLAM sendiri menyeru umatnya supaya hidup secara KOLEKTIF. Nabi Muhammad s.a.w sendiri sewaktu dalam proses meyampaikan risalah agama Tauhid ini, Allah Ta'ala menghadirkan sayap kanan dan kiri kepada baginda iaitu bapa saudaranya Abu Thalib dan isterinya Saidatina Khadijah sebagai penyokong baginda bagi memastikan dakwah Islam tersebar luas.

KITA TERLUPA…

Alangkah indah seandainya kita semua sedar bahawa nikmat Islam yang kita terima kala ini pernah menyatukan umat manusia di bawah satu kesatuan iaitu KESATUAN AKIDAH. Sejarah pernah membuktikan bahawa Islam pernah menakluk 2/3 dunia!!! Hebat bukan. Namun hanya sedikit sahaja daripada kita yang mengambil iktibar dari sejarah itu. Kita sengaja membiarkan sejarah itu terbang bersama deruan angin.

KESATUAN inilah yang amat dicemburui dan digeruni oleh musuh2 yang sentiasa mencari peluang untuk melenyapkan agama Tauhid ini. ISLAM diserang dari setiap aspek. Perhatian umat Islam dialihkan sedikit demi sedikit dengan menghidangkan menu2 yang membunuh jiwa muda-mudi era ini tanpa disedari. Memang enak. Memang lazat. Tapi keenakkan dan kelazatan itu hanya palsu semata.

Pelbagai resepi2 baru dicipta dan diperkenalkan kepada muda-mudi sebagai snek yang menyelerakan. Alunan muzik hip hop, rock, balada menjadi pilihan halwa telinga dan siulan muda-mudi ketika ini. Menenangkan jiwa katanya! Semakin hari semakin ramai artis2 baru yang dilahirkan. Syarikat2 swasta pula semakin galak menganjurkan pertandingan2 untuk mencungkil bakat baru dalam bidang seni sebagai pelapis untuk masa hadapan kononnya.

Remaja2 wanita pula berlumba-lumba mencuba fesyen2 terbaru dari barat walaupun apa yang diperagakan kadangkala terlalu ketat, sendat dan padat hingga menyukarkan si pemakai untuk bernafas. ISLAM hadir dengan mengangkat martabat wanita namun masih ramai yang suka diri mereka direndah-rendahkan. Masih ada yang berbahagia walaupun sedar bahawa mereka sedang diperguna dan dieksploitasi secara totalnya oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Ingat! Mahkota yang dikurnia adalah untuk DIPELIHARA.

Dunia yang semakin pelik. Kita lebih menyanjungi golongan2 yang merosakkan agama manakala golongan ULAMA pula kita abaikan mereka. Walhal "Ulama adalah pewaris Nabi". Merekalah yang sepatutnya kita jadikan tempat rujukan dalam sebarang permasalahan harian tidak kira dalam urusan IBADAT, MUAMALAT, JENAYAH ataupun SIASAH.

Teknologi2 yang canggih juga merupakan 1 daripada buah tangan pihak musuh untuk menghancurkan Islam. Teringat kalam dari seorang penceramah yang sentiasa terngiang-ngiang ditelinga setiap kali jari mula aktif melayari laman2 web. Katanya zaman ini, manusia boleh melakukan maksiat hanya melalui hujumg jari. Walhal anda hanya duduk berseorangan namun pelbagai maksiat yang bisa anda lakukan. Nauzubillah.

PARASIT ...

Melihat kepada realiti dunia hari ini amatlah menakutkan dan menyedihkan. Inikah drama2 kehidupan yang bakal dipertontonkan kepada generasi akan datang???

Lebih menyedihkan lagi apabila wujud dalam masyarakat hari ini PARASIT-PARASIT yang menyebarkan wabak PERPECAHAN dikalangan sesama muslim khususnya dalam dunia pelajar sendiri. Adakah KESATUAN yang terbina selama ini telah mengganggu –gugat PARASIT-PARASIT tersebut??? Ataupun mereka cemburu kepada KESATUAN ini??? Bagaimana dikatakan dakwah seandainya PERPECAHAN menjadi manhaj utama???

Mungkin disini kita bisa sama2 muhasabah diri. Dalam keadaan Islam yang semakin ditindas, dalam keadaan umat yang semakin tenat dan dahagakan nur Islam itu sendiri, adakah masih bisa kita merestui PARASIT-PARASIT PERPECAHAN ini terus myebarkan dakyah mereka??? Tepuk dada tanyalah iman. Jangan hanya kerana tujuan peribadi dan ego diri itu melambatkan lagi proses tertegaknya Islam di muka bumi ini.

-tajdidniatselalu-




2 comments:

Jackster® said...

Boleh download lagu La Khauf - Satu Hati ni kat link bawah ni =)


La Khauf - Satu Hati

Jackster

iek@fz said...

slam jan..
crite kite lbih kurang..hehe
kte suke sgt lagu nih..
keep it up...