Sunday, May 24, 2009

...TEPUK DADA TANYA IMAN...

Tempat kejadian: mana2 kedai runcit, mini market atau super market
Masa kejadian: bila2 masa (tidak menentu)
Tujuan : membeli barang atau saja2 hilangkan tension
Perbualan yang selalu berlaku antara ahli bait bila kami ke kedai...
A:Teringin la nak makan ni..
B: Tak boleh. muqataah.
A: Baik

A: Air kat rumah dah habis. Nak yang ni..
B : Cari mineral water lain la. Ni muqataah.
A: Baik


A: Macam sedap je coklat ni...
B: Maaf. Coklat tu muqataah. Kalau teringin kau beli yang ni.
A: Nampaknya semua yang sedap2 muqataah belaka ye.
B:Hanya tersenyum :-)

Memang banyak keajaiban di bumi Mesir ni. Banyak benda baru yang aku pelajari termasuklah istilah "muqataah" (boikot). Masa baru2 sampai dulu memang tak jelas langsung kenapa perlu bersusah-payah menahan nafsu semata-mata untuk memboikot. Bukan ke barang2 yang diboikot tu semuanya sedap2 dan best2 belaka (contoh: KFC, COCA COLA, Mac D.. dan banyak lagi). Tapi bila membaca berita keganasan Zionis laknatullah yang sering dipaparkan di media2, sesak nafas dibuatnya. Rasanya lagi sanggup menahan nafsu sendiri daripada bekerjasama dengan si yahudi laknatullah (samada secara sedar atau tidak) untuk menghancurkan umat ISLAM.

Nampak macam tidak menyumbang apa2 bukan. Walau sekadar LE 0.50 shja kita belanjakan sehari untuk membeli barang2 muqataah tersebut, hakikatnya kita telah menjadi salah seorang daripada agen2 yahudi yang memusnahkan umat ISLAM. Nampak macam sedikit tapi kalau hari2 kita sumbang 0.50 genih untuk si yahudi, kalau setahun berapa ya? Kalau sepuluh tahun berapa ya? Itu baru seorang. Seandainya ada 10 orang yang menyumbang 0.50 genih sehari untuk yahudi disini, sudah berapa? Itu belum didarabkan dengan jumlah penduduk dunia yang sedia ada. Pasti jumlahnya amat menakutkan memandangkan hampir kebanyakkan ruang2 ekonomi dunia telah dikuasai secara totalnya oleh yahudi.

Kenapa ini terjadi??? Orang yahudi bersatu-padu untuk melenyapkan ISLAM. Kita pula sebaliknya. Lebih gemar bertelagah dan saling salah-menyalahkan. Enggan bertsatu dan susah untuk bersatu. Rumah yang bocor atap sepatutnya boleh dibaiki dengan hanya menampal kebocoran tersebut, tapi ada yang memilih untuk membina rumah baru. Kerana rumah yang lama banyak cacat-celanya. Tidak sempurna binaannya. Walaupun nampak seperti membuang masa, tapi yang peliknya mereka suka.

Dimana silapnya ? Adakah kita masih berkhayal? Adakah kita sengaja tidak mahu menyedarkan diri kerana asyik melayan mimpi2 yang dicipta sendiri???

Tepuk dada tanyalah IMAN.
Sebagai muhasabah bagi mereka yang bergelar seorang dai'e.
Disini aku sisipkan 1 keratan akhbar untuk sama2 kita renung dan fikir2kan. Mudah2an kesibukkan berperang dengan imtihan tidak menjadi penghalang untuk kita mengambil tahu akan kondisi saudara2 kita diluar sana.

Kerajaan, OIC digesa selamatkan Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) -Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) merasakan keprihatinan dan kebimbangan yang tinggi kepada nasib Masjid Al-Aqsa yang kini semakin terancam dan diambang kemusnahan akibat aktiviti bawah tanah oleh Zionis Israel.
Menurut Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut, berita-berita terbaru yang terpampang di media-media utama negara ini dan antarabangsa memberikan satu gambaran tragis bakal berlaku kepada Masjid Al-Aqsa jika tiada usaha pantas dan bersepadu digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa.


"AMK Selangor menggesa agar Kerajaan Malaysia dapat memainkan peranan yang aktif dan berani untuk mengusulkan isu ini di peringkat dunia Islam dan antarabangsa.
"Kerajaan Malaysia juga disaran menggerakkan usaha bersepadu di peringkat antarabangsa bagi memastikan Zionis Israel tidak meneruskan aktiviti-aktiviti penggalian terowong bawah tanah yang merancang untuk memusnahkan terus Masjid Al-Aqsa tersebut secara semulajadi jika berlaku gegaran gempa bumi atau seumpamanya," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, AMK Selangor berharap agar desakan untuk menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam ini mendapat sokongan dan dokongan kuat semua pihak di negara ini daripada semua parti politik, NGO, kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

"Isu ini diketengahkan kerana ianya adalah satu isu antarabangsa dan kemanusiaan yang melangkau batas sempadan bangsa, agama dan negara. Tindakan biadap Zionist Israel adalah satu ancaman yang berbahaya kepada seluruh umat manusia di dunia ini,"katanya.


Selain itu beliau berharap,Perdana Menteri Malaysia akan memanjangkan isu keselamatan dan nasib Masjid Al-Aqsa di peringkat antarabangsa semasa kunjungan beliau ke luar negara.


"Kita juga berharap semasa lawatannya ke China kelak, Perdana Menteri dapat mengemukakan isu ini agar China selaku salah satu kuasa besar dunia baru juga dapat memberikan tekanan kepada pihak Israel agar serius dan serta merta menghentikan apa jua aktiviti yang boleh mengancam dan menjejaskan struktur Masjid Al-Aqsa ini,"jelasnya lagi.


Di samping itu,katanya,"AMK Selangor juga berharap semua pertubuhan politik di negara ini juga dapat menjadikan isu ini sebagai satu isu serius antarabangsa yang utama ketika ini."


Menurutnya, perbezaan fahaman dan politik yang berlaku di negara ini tidak wajar dijadikan penghalang dan tembok untuk bersama-sama bergerak dalam satu suara rakyat Malaysia untuk menghentikan rancangan jahat pihak Zionis Israel yang memang jelas merancang untuk memusnahkan Masjid Al-Aqsa ini bila-bila masa sahaja ketika umat Islam dan masyarakat dunia difokuskan kepada masalah ekonomi dan kewangan dunia.


"AMK Selangor berkeyakinan bahawa semua rakyat Malaysia boleh bersama-sama dalam mendesak kerajaan Malaysia agar aktif dan berperanan besar dalam menggerakkan kesedaran global kepada nasib Masjid Al-Aqsa ini,"katanya lagi.


Ujarnya, dunia pastinya tidak mahu melihat peristiwa tragis kemusnahan Masjid Al-Aqsa angkara konspirasi jahat Zionis Israel ini daripada berlaku.


Tambahnya, resolusi PBB tidak akan lagi mempunyai erti dan makna lagi jika perancangan konspirasi Zionis Israel ini mencapai kejayaan.


"AMK Selangor mengajak semua pimpinan parti politik, NGO dan pihak kerajaan menjadikan isu antarabangsa nasib kemusnahan Masjid Al-Aqsa mendapat liputan dan perhatian dunia antarabanga.


"Sudah tiba masa dan ketikanya sekali lagi di waktu kita berbeza pandangan dan pendapat di negara ini, kita seiringan dan senada satu suara menggerakkan dan menyedarkan dunia mengenai satu lagi kezaliman dan perancangan konspirasi jahat Zionis Israel,"tegasnya.

-tajdidniatselalu-

No comments: