Thursday, January 21, 2010

...BERJUANG...



"Perantau…Musafir perjuangan…Tabahkanlah hatimu…Berjuang di rantau orang…Sedih pilu hanya engkau yang tahu…Ingatan anak dan isteri…Janganlah menghiris hatimu…Kerinduan desa nan permai…Janganlah melemahkan semangat juangmu…Diwaktu ujian badai terus melanda…Engkau tetap gigih berjuang…Membenarkan sabda junjungan…Terus memburu…Menuntut janji…Pastilah ISLAM gemilang lagi…"


Sayu hati tatkala mendengar bait2 lagu di atas dialunkan…Begitulah perjalanan hidup seorang pejuang. Berjuang bukan mudah. Berjuang menuntut kepada banyaknya pengorbanan yang perlu dilakukan. Perjuangan tidak dibentangkan dengan permaidani merah yang indah. Juga tidak disajikan dengan pujian yang mengasyikkan. Terlalu banyak air mata yang perlu dilimpahkan sebagai perawat hati yang dirobek oleh mereka yang benci ISLAM itu ditegakkan. Kadang2 udara segar yang dihirup juga terasa menyesakkan dada.


Dek kerana banyaknya mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi oleh seorang pejuang, terdapat segelintir pejuang yang berfikir-fikir untuk menarik diri dari perjuangan ini. Oleh kerana jalan yang dilalui ini penuh dengan duri dan semilu, ramai yang berfikir-fikir untuk berehat sebentar dari perjuangan ini. Namun, janji Ilahi segera memadamkan segala kemelut jiwa yang acapkali mengaburi matlamat hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi.


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud,


"Hai orang-orang yang beriman,sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

(Surah As-Saff, ayat 10 dan 11)


-CUTI DAN BERCUTI-



5 Februari adalah tarikh keramat yang amat dinanti-nantikan. Pelbagai perancangan telah diatur bagi mengisi cuti musim sejuk pada kali ini. Ada yang berkira-kira untuk pulang bercuti di tanah air. Tidak kurang juga yang telah bertekad untuk menjelajah sekitar bumi Timur Tengah. Oh! Negara2 di Eropah juga turut tidak ketinggalan sebagai antara tempat yang bakal dilawati oleh kawan2 aku.


Ermmm. Kini semua telah semakin dewasa. Bebas untuk membuat keputusan. Tidak siapa bisa menghalang. Aku bebas! Aku bebas! Hu3. Namun keterikatan dan janji pada Ilahi membataskan kita untuk melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Banyak perkara perlu diambil kira sebelum memutuskannya. Bukan diri sendiri saja yang perlu dijaga, namun perihal umat sekeliling juga perlu dilihat sama. Bimbang jika tersilap langkah, murka Ilahi yang akan diterima kerana memungkiri janji untuk berbakti kepada agama-Nya sebagai generasi penyambung perjuangan Baginda s.a.w... Na'uzubillah. Moga kita memperoleh redha-Nya.


Itulah realiti seorang pejuang. Kadang-kala diri sendiri terpaksa diketepikan. Ujian yang datang adalah sebagai peringatan bagi yang alpa...Ujian hadir sebagai wasilah untuk mematangkan diri kita sebagai seorang hamba...Ujian juga adalah sebagai kifarah dari kesilapan2 yang terlanjur kita lakukan.Walaupun pahit, namun ingatlah yang pahit itu adalah sebaik-baik penawar untuk kita di akhirat kelak.


Teringat sirah-sirah Baginda s.a.w bersama para sahabat dalam usaha menyebarkan dakwah Islam satu ketika dulu. Mereka saling kukuh-mengukuhkan antara satu sama lain. Saling benteng-membentengi antara satu sama lain. Saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Saling lindung-melindungi antara satu sama lain.


Teringat peristiwa Saidina Abu Bakar yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Baginda s.a.w dari dipatuk oleh ular saat bersembunyi di dalam gua. Kalau dilihat, bisa saja Saidina Abu Bakar menyelamatkan dirinya sendiri. Namun beliau memilih untuk berkorban demi kasih dan sayangnya kepada Baginda s.a.w.


Indahnya tauladan yang ditunjukkan oleh Baginda dan para sahabat. Namun, sayang sekali. Hanya sedikit sahaja yang mengambil pengajaran dari peristiwa lampau. Umat kini lebih memilih untuk mencipta sejarah sendiri yang kadang-kala melampaui batas2 apa yang telah diajarkan oleh Islam itu sendiri.

-IMTIHAN YANG HAMPIR-


Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menghadapi imtihan buat teman2 seperjuangan dan khususnya buat ahli bait NADIAH ( najwa,adila,dura,amirah). Bittaufiq wa najjah buat kalian. Doakan kejayaan bersama.




-tajdidniatselalu-

No comments: