

"Jika kamu berbuat kebaikkan (maka faedah) kebaikkan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. (surah Al-Israa', ayat: 7)


"anak adalah permata ayahbonda"
Teringat sewaktu zaman sekolah rendah (sekitar darjah 2 dan 3), setiap kali waktu rehat tiba aku adalah antara insan yang paling bahagia ketika itu. Selesai mengisi perut, aku bersama beberapa orang teman akan bergegas ke "susur gajah" yang berhampiran dengan laluan utama ketapak perhimpunan semata-mata untuk bermain "cop tiang"... Hehehe. Memang lucu bila dikenang-kenang saat2 itu.. Kalau waktu hujan pula, kami akan bermain "pepsi kola" di kantin. Setiap waktu lapang yang ada akan dimanfaatkan sebaiknya untuk bermain segala jenis permainan tradisional yang diketahui kononya supaya permainan2 tersebut tidak kusam ditelan zaman. Itu cerita waktu lapang di luar kelas. Belum cerita tentang pengisian waktu lapang di dalam kelas. Ruang2 kosong dalam beg sekolah cuba dimanfaatkan sebaik mungkin. Bukan sekadar kitab2 sekolah dan bekalan sahaja yang dibawa, batu seremban, sebuah bekas pensel yang dipenuhi pemadam, kad bergambar dan macam2 lagi sebagai alat dan bahan bantu diwaktu lapang... Memang lucu dan menyeronokkan zaman kanak2... Tapi sesungguhnya zaman itu telah lama berlalu...Kini kita telah dewasa.

Sesungguhnya banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan selaku sebagai insan yang memegang title "HAMBA". Dewasa ini, ramai dikalangan kita yang tidak sedar akan "SIAPA DIRI KITA YANG SEBENARNYA???". Kita tahu kita seorang hamba, tapi kita "TIDAK TAHU APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBENARNYA???" . Tidak kurang juga yang sedar bahawa dia adalah seorang hamba tapi "BUAT2 TIDAK TAHU AKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG HAMBA". Hidup hanya memikirkan keseronokkan hingga lupa akan "hari kemudian" (peringatan untuk diri sendiri).

Justeru itu teman2, ayuh kita sama2 menyingkap dan mengenal siapa diri kita dan untuk apa kita dicipta??? Adakah sekadar sebagai pengisi ruang2 kosong di dunia atau sebaliknya. Mudah2an kita diberi petunjuk oleh-Nya.
-tajdidniatselalu-

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa
Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Jadikanlah Al-Quran sebagai panduan hidupmu...Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih-sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya adalah kurniaan atau pemberian daripada Allah Ta'ala. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”
(Al Anfaal ayat 63)

Alangkah indah jika berukhwah kerana Allah
Terdapat segelintir daripada kita yang memandang remeh kepada persoalan ukhwah. Ada yang beranggapan bahawa bergaul dengan masyarakat sekeliling adalah suatu yang tidak penting. Golongan ini lebih selesa hidup dalam dunianya sendiri. Mereka merasa aman dengan hanya memikirkan soal kepentingan dan keperluan diri sendiri sahaja. Mungkin golongan sebegini masih tidak menyedari akan peri pentingnya jalinan persaudaraan antara sesama manusia. Seandainya di renung dan difikirkan, sesungguhnya ukhwah Islam yang terjalin adalah ibarat satu jambatan yang menghubungkan antara sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Samada mahu dinafikan atau tidak, sesungguhnya dalam melalui putaran kehidupan seharian kita khususnya dalam melayari kehidupan sebagai seorang mahasiswa/wi memang kita tidak dapat lari daripada mengakui bahawa jalinan ukhwah itu memainkan peranan sangat penting dalam jadual hidup. Ukhwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh seperti yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w :
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad).
1- Persaudaraan hendaklah semata-mata kerana Allah. Ia bukan dijalin atas dasar kebendaan atau untuk kepentingan peribadi yang tertentu agar persahabatan tersebut diberkati Allah.
2- Mestilah disertai dengan iman dan taqwa.
3- Persaudaraan hendaklah berlandaskan manhaj Islam. Sesiapa yang berukhwah perlulah sentiasa melazimi diri dengan peraturan2 yang telah ditetapkan oleh-Nya. Al-Quran dan Sunnah Baginda dijadikan sumber rujukan jika timbul sebarang pertikaian atau masalah.
4- Persaudaraan hendaklah mengamalkan dasar saling nasihat-menasihati.
5-Persaudaraan hendaklah dihayati dengan semangat tolong-menolong ketika senang dan susah.
Di dalam Islam, jalinan ukhwah adalah sesuatu yang sangat penting sebagai asas kepada perjuangan. Nabi s.a.w sendiri bersama para sahabat telah menunjukkan suri tauladan tolong-menolong dan bantu-membantu sesama mereka. Mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya” (Muntafaq ‘Alaih)
Dalam usaha untuk memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini, ia sangatlah memerlukan kepada ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhklan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat anggota yang lain. Islam juga telah menggariskan hak-hak seorang muslim yang perlu ditunaikan oleh seorang muslim yang lain dan perkara ini telah diberi penekanan bahawa ia adalah satu kewajipan yang perlu dalaksanakan secara praktikal dan bukan hanya sekadar dibibir sahaja atau teori sahaja.
-tajdidniatselalu-

TERUJA???
Aku sendiri teruja untuk mengetahui mengapa mesti Mesir yang menjadi perintis??? Mengapa bukan UK, Australia atau Ireland??? Apakah kekurangan mahasiswa/wi keluaran Mesir sehingga diberi perhatian yang tinggi oleh pihak2 kementerian di Malaysia??? Nanti dulu teman. Jangan terlalu cepat membuat pelbagai andaian...Sesungguhnya banyak kelebihan yang terdapat di Mesir sehingga penuntut2 di sini sering didahulukan dari segenap aspek yang berkaitan dengan masa depan, bukan sahaja masa depan individu tetapi juga masa depan negara .
KENAPA MESIR MENJADI PELAPIS???
1- Menaruh harapan yang sangat besar ke atas penuntut2 di Mesir agar mereka bukan sahaja dapat memegang segulung ijazah tetapi dapat menghadamkan perjuangan tokoh2 Islam seterusnya pelaksanaan dan pengaktifan ekonomi secara Islamik.
2- Menamatkan mitos bahawa orang agama terkebelakang dari orang lain.
Ini adalah antara hujah2 yang telah diberikan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah. Menarik bukan..
Namun alangkah lebih baik seandainya pihak2 bertanggungjawab turut memberi penekanan dan perhatian dari sudut peningkatan pembangunan rohaniah penuntut2 Melayu di luar negara khususnya dan dalam negara secara amnya. Mungkin satu pelan perancangan pembangunan dari sudut peningkatan nilai moral dan ahlak perlu dirangka oleh pemerintah bagi mengatasi masalah gejala sosial dan hilangnya jati diri remaja2 era kini. Walaupun isu ini seolah-olah telah lapuk, namun ianya perlu terus dipanaskan dan dimomokkan bagi memastikan keagungan Islam itu sendiri dapat dikembalikan. Dan seandainya diizinkan, tidak mustahil satu hari nanti Malaysia bakal melahirkan tokoh2 sehebat Dr yusuf Qardhawi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.
-tajdid niat selalu-