Thursday, January 8, 2009

WAKTU ITU

Dengan izin Allah, pada suatu pagi yang aman, di dalam sebuah kelas yang dipenuhi oleh pelajar2 medic tahun 3 (totally rakyat Malaysia) kelihatan masing2 sedang tekun memberi tumpuan dan mendengar setiap butir maklumat yang disampaikan oleh lecturer Pathology tersebut. Aku pula, walaupun dalam keadaan menggigil kerana menahan kesejukkan cuba sedaya-upaya memaksa mencelikkan mata memandang ke arah lecturer dan slideshow untuk mengelakkan drpda tertidur walaupun sekali-sekala aku terlelap (bukanlah dengan sengaja)... Benarlah bahawa menuntut ilmu juga dikira sebagai satu jihad lebih2 lagi dalam musim sejuk ini... Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa kita tempuhi dalam usaha mengotakan janji dan menunaikan amanah yang tergalas dibahu ... Itu baru sindrom mengantuk, belum dikira lagi dengan serangan 'virus malas', jangkitan "kuman lapar', merebaknya 'bakteria2 yang menimbulkan masalah penyakit hati' lebih2 lagi menjelang musim imtihan dan yang seangkatan dengannya. Dugaan...

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(Al-Baqarah:286)


Bila difikir dan direnung kembali, memang banyak (tidak terhitung samada dengan jari tangan atau jari kaki) akan amanah dan tanggungjawab yang terpundak dibahu ini. Seandainya diberi peluang, ingin sekali rasanya kembali semula ke zaman kanak2. Tika itu, hidup sentiasa diwarnai dengan kegembiraan dan keceriaan. Melalui setiap detik tanpa perlu memikirkan sebarang masalah. Hanya perlu meminta... Menangis apabila keinginan tidak dituruti... Jarang sekali dihampakan oleh ayah dan bonda. Sedaya-upaya mereka cuba penuhi... Aku cuba menghitung akan jumlah jasa mereka berdua sepanjang tempoh membesarkan diri ini. Arghhh... Memang aku akui, sungguh banyak pengorbanan yang telah mereka curahkan. Tidak mampu aku membalasnya. Hanya SYURGA aku pohonkan sebagai balasan atas segala jasamu ayah dan bonda.



"anak adalah permata ayahbonda"

Teringat sewaktu zaman sekolah rendah (sekitar darjah 2 dan 3), setiap kali waktu rehat tiba aku adalah antara insan yang paling bahagia ketika itu. Selesai mengisi perut, aku bersama beberapa orang teman akan bergegas ke "susur gajah" yang berhampiran dengan laluan utama ketapak perhimpunan semata-mata untuk bermain "cop tiang"... Hehehe. Memang lucu bila dikenang-kenang saat2 itu.. Kalau waktu hujan pula, kami akan bermain "pepsi kola" di kantin. Setiap waktu lapang yang ada akan dimanfaatkan sebaiknya untuk bermain segala jenis permainan tradisional yang diketahui kononya supaya permainan2 tersebut tidak kusam ditelan zaman. Itu cerita waktu lapang di luar kelas. Belum cerita tentang pengisian waktu lapang di dalam kelas. Ruang2 kosong dalam beg sekolah cuba dimanfaatkan sebaik mungkin. Bukan sekadar kitab2 sekolah dan bekalan sahaja yang dibawa, batu seremban, sebuah bekas pensel yang dipenuhi pemadam, kad bergambar dan macam2 lagi sebagai alat dan bahan bantu diwaktu lapang... Memang lucu dan menyeronokkan zaman kanak2... Tapi sesungguhnya zaman itu telah lama berlalu...Kini kita telah dewasa.


Sesungguhnya banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan selaku sebagai insan yang memegang title "HAMBA". Dewasa ini, ramai dikalangan kita yang tidak sedar akan "SIAPA DIRI KITA YANG SEBENARNYA???". Kita tahu kita seorang hamba, tapi kita "TIDAK TAHU APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBENARNYA???" . Tidak kurang juga yang sedar bahawa dia adalah seorang hamba tapi "BUAT2 TIDAK TAHU AKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG HAMBA". Hidup hanya memikirkan keseronokkan hingga lupa akan "hari kemudian" (peringatan untuk diri sendiri).


Justeru itu teman2, ayuh kita sama2 menyingkap dan mengenal siapa diri kita dan untuk apa kita dicipta??? Adakah sekadar sebagai pengisi ruang2 kosong di dunia atau sebaliknya. Mudah2an kita diberi petunjuk oleh-Nya.

-tajdidniatselalu-











































No comments: