Saturday, January 17, 2009

LIVER VS HATI

Sebaik selesai menunaikan solat Zuhur, aku bergegas ke museum Pathology bersama beberapa orang teman. Ada lebih kurang 52 jars (balang berisi organ2 yang telah dijangkiti penyakit) menanti untuk di'belai' dan di'perhati' oleh kami sebagai persediaan untuk imtihan practical pada hari Khamis akan datang (22 jan 09). Seusai tiba dipintu museum, aku terus meluru ke arah rak yang pertama... Mula membelek-belek sebuah jar yang berisi potongan liver yang berpenyakit. Aku bersoal-jawab dengan diri sendiri.. Teringat kembali pesan seorang doctor, step pertama untuk buat diagnosis adalah dengan mengenalpasti organ dalam jar ... So, lepas meneliti memang confirm jar yang aku sedang belek adalah liver dengan wujudnya "portal tracts" pada organ tersebut. The next step adalah mengenalpasti ciri2 dan sebarang perubahan yang berlaku pada organ tersebut... Antara perubahan pada potongan "liver' tersebut yang dapat aku perhati adalah "saiznya besar berbanding saiz normal, "peritoneal covering" nipis, stretched and stripped out, teksturnya pula adalah lembut berdasarkan bekas potongan yang licin (rounded border)... Jadi diagnosis untuk liver tersebut adalah "Fatty change"... Mudah2an aku dapat menjawab soalan exam secemerlang ini... AMIN.

fatty chanye of the liver

Setelah selesai, aku maju ke arah jar yang ke-2, ke3, ke-4, ke-5 dan seterusnya... hinggalah sampai pada sebuah jar yang sedang dibelek oleh ahli bait kesayanganku.. Tiba2 dia bersuara...
"ko lapor tak??'' katanya.

"lapor gak. Nape ??? balasku.

"tak de la, bila tengok daging2 kat dalam jar ni perasaan lapor tu menjadi-jadi..." jawab dia.

Aku menelan air liur bila perhatikan semula jar2 di atas rak dalam museum tersebut. Rasanya belum tergamak untuk menelan apa yang ada dalam jars2 tersebut hatta dimasak kari, kurma atau sambal sekalipun... Aku hanya mampu tersenyum dan minta temanku bersabar. Hampir 2 hari kami tidak menjamah nasi. 1 rekod baru dicipta. Masuk hari ini, lebih kurang hampir seminggu dapur rumah kami tidak berasap disebabkan bekalan gas yang terputus. Tidak pasti apakah punca sebenar. Namun kami berharap agar ianya akan segera berakhir...



Berbalik kepada cerita liver (hati) yang berpenyakit tadi. Itu adalah antara contoh penyakit yang zahir yang mana kita boleh nampak rupanya. Masih bisa dirawat oleh seorang doctor seandainya dikesan dari awal. Bagaimana pula dengan penyakit 'dalaman' yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar akan keadaan dan kondisi sebenarnya. Adalah lebih parah sekiranya pemilik atau tuan punya badan sendiri tidak menyedari bahawa dirinya telah dihinggapi dengan "virus penyakit dalaman' " ini khusunya yang melibatkan masalah hati... Nauzubillah..

"virus2 yang merosakkan"

Hati adalah tempat pandangan Allah Ta'ala. Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah. IMAN... Iman bukanlah seperti tuffah yang dijual di pasar yang mana kita boleh beli berapa banyak kilo kita mahu. Iman juga bukanlah seperti ikan bakar yang dijual di jalanan yang mana kita boleh beli berapa ekor yang kita mahu... Iman jauh sekali seperti harta peninggalan yang mana boleh kita warisi. Hati adalah raja bagi seluruh anggota badan. Apabila hati itu baik, maka akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan. Hati yang diibaratkan seperti tapak semaian perlulah dibajai selalu dengan unsur2 yang mendekatkan kita dengan-Nya. Masakan benih yang disemai akan mengeluarkan buah yang ranum seandainya ia tidak dibajai dan disirami dengan baik. Nah, begitu jualah kisahnya dengan hati yang dikurniakan oleh Ilahi. Ia perlu sentiasa dibelai dan segera dirawat seandainya dikesan ia telah dijangkiti sebarang penyakit yang akan mengundang bala kepada si pemiliknya...


Oleh yang demikian teman2, antara perkara yang perlu kita lakukan sebelum kita melelapkan mata adalah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan muhasabah diri sendiri. Untuk apa ??? Supaya hari esok kita menjadi lebih baik berbanding hari ini dan agar kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang sentiasa didalam kerugian... Anjakan paradigma diri perlu sentiasa dilakukan dalam usaha mencari Mardhatillah...


-tajdidniatselalu-









No comments: