Sunday, November 30, 2008

USAH+AWAN=JUTAWAN

Seusai kami tiba di pintu keluar ruang pameran...

"Sudah mari kita masuk dewan. Sesi yang seterusnya ni penting untuk kau." kata dia.

Aku hanya tersengih melihat gelagat teman ku. Keletahnya melayan kerenah aku yang seakan-akan rambang mata apabila melihat banyak gerai2 usahawan yang dibuka di ruang pameran agak melucukan.

"Ermm.. Chaq, kenapa aku rasa macam ada gerai yang aku tak masuk lagi. Jom kita pusing sekali lagi."

Walaupun sudah beberapa kali dia mengatakan yang dia tidak berminat, namun dia hanya menurut kehendakku. Sekali lagi kami mengelilingi ruang pameran tersebut. Walaupun tidak sempat untuk menziarahi kesemua gerai, aku tetap berpuas hati kerana selain dapat berjumpa dengan rakyat Malaysia yang ber'title' usahawan, banyak input2 menarik dan berguna untuk masa hadapan yang aku terima. Walaupun sedikit, tetapi sebagai permulaan aku kira ianya amat berbaloi dan bermanfaat bagi sesiapa yang berminat untuk terjun ke dunia keusahawanan.

Itu adalah antara peristiwa yang melucukan semasa mengikuti program keusahawanan yang diadakan pada hari semalam. Walaupun agak terkilan kerana tidak dapat mengikuti program pada hari kedua (hari ini) namun bagi aku itu bukanlah pembantut kepada minat yang sedia ada. Sedikit perkongsian, untuk pengetahuan bersama satu program keusahawanan untuk siswa/wi Melayu yang berada di luar negara telah diadakan di Mesir anjuran Ministry of Entrepreneur & Co-operative Development (MeCD) bersama Ministry of Higher Education Malaysia dengan tema "Mengembalikan Keagungan Keusahawanan Islam". Melihat kepada tema program memang nampak mantap dan hebat. Program ini telah diadakan selama 3 hari (2 hari di Cairo dan 1 hari di Alexandria).
Bagaimana nak cepat kaya???
Secara peribadi, aku amat menyokong usaha murni pemimpin2 yang sentiasa memerah otak memikirkan usaha2 untuk membantu para siswazah bagi meningkatkan nilai tambah diri sebagai persediaan sebelum terjun ke alam pekerjaan yang dikatakan lebih mencabar. Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah. Menurut beliau, Mesir adalah negara perintis bagi program ini. Mungkin anda tertanya-tanya "Mengapa Mesir yang dipilih untuk menjadi perintis, sedangkan banyak lagi anak2 Melayu yang bertaburan di negara2 Eropah sana. Adakah kerana Mesir merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kapasiti penuntut Malaysia yang paling ramai jika dibandingkan dengan negara2 lain??? Ermmm. Suatu persoalan yang agak menarik bukan. Terselit sedikit perasaan terharu kerana diberi perhatian yang tinggi oleh pihak2 bertanggungjawab di Malaysia.

TERUJA???


Aku sendiri teruja untuk mengetahui mengapa mesti Mesir yang menjadi perintis??? Mengapa bukan UK, Australia atau Ireland??? Apakah kekurangan mahasiswa/wi keluaran Mesir sehingga diberi perhatian yang tinggi oleh pihak2 kementerian di Malaysia??? Nanti dulu teman. Jangan terlalu cepat membuat pelbagai andaian...Sesungguhnya banyak kelebihan yang terdapat di Mesir sehingga penuntut2 di sini sering didahulukan dari segenap aspek yang berkaitan dengan masa depan, bukan sahaja masa depan individu tetapi juga masa depan negara .

KENAPA MESIR MENJADI PELAPIS???

1- Menaruh harapan yang sangat besar ke atas penuntut2 di Mesir agar mereka bukan sahaja dapat memegang segulung ijazah tetapi dapat menghadamkan perjuangan tokoh2 Islam seterusnya pelaksanaan dan pengaktifan ekonomi secara Islamik.

2- Menamatkan mitos bahawa orang agama terkebelakang dari orang lain.

Ini adalah antara hujah2 yang telah diberikan oleh YB Dato Saifuddin Abdullah. Menarik bukan..

Namun alangkah lebih baik seandainya pihak2 bertanggungjawab turut memberi penekanan dan perhatian dari sudut peningkatan pembangunan rohaniah penuntut2 Melayu di luar negara khususnya dan dalam negara secara amnya. Mungkin satu pelan perancangan pembangunan dari sudut peningkatan nilai moral dan ahlak perlu dirangka oleh pemerintah bagi mengatasi masalah gejala sosial dan hilangnya jati diri remaja2 era kini. Walaupun isu ini seolah-olah telah lapuk, namun ianya perlu terus dipanaskan dan dimomokkan bagi memastikan keagungan Islam itu sendiri dapat dikembalikan. Dan seandainya diizinkan, tidak mustahil satu hari nanti Malaysia bakal melahirkan tokoh2 sehebat Dr yusuf Qardhawi, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd.

-tajdid niat selalu-



No comments: