Sunday, January 25, 2009

IKHTILAT 2


'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN

Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.


1) 'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah

'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.

Firman Allah maksudnya:Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.

2) 'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi

Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.

3) 'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.

Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.

4) 'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah

Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama

5) 'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam

Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.

Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.

KONKLUSI

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.Wallahua'lam.

(dipetik dari raudhahblogspot)

-tajdidniatselalu-

IKHTILAT 1

Hukum dan Dalil

Permasalahan 'ikhtilat' kalangan lelaki dan perempuan sering menjadi topik hangat dalam perbualan harian kita. Ada yang mengatakan 'ikhtilat' dibolehkan, dan sebahagian yang lain pula mengatakan tidak boleh. Ini kerana tidak ramai di kalangan umat Islam yang betul-betul memahami apa itu 'ikhtilat' dari segi hukum dan syariat, adakah ianya dibenarkan atau tidak.Tulisan ini akan cuba mengupas serba sedikit tentang permasalahan 'ikhtilat' dari segi takrif, hukum-hakam dan dalil-dalil yang berkaitan 'ikhtilat' serta beberapa jenis 'ikhtilat' yang dibenarkan di dalam Islam.



TAKRIF

'Ikhtilat' berasal dari kalimah arab . Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.

Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.

Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.

1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.

DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT

1) Dalil Pertama : Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.

Maksud dari sabda nabi:
Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

Maksud dari sabda nabi:
Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.

2) Dalil Kedua : Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.

Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".

3) Dalil Ketiga : Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.

Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:

1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).

Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:

* Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
* Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.

Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.

4) Dalil Keempat : Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita,

Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.

5) Dalil Kelima : Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat). Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.

Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah.
(dipetik dari raudhahblogspot)
-tajdidniatselalu-

Sunday, January 18, 2009

KALAM PEJUANG!!! ALLAHUAKBAR!!!

Kita masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ..Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.
-tajdidniatselalu-


Saturday, January 17, 2009

LIVER VS HATI

Sebaik selesai menunaikan solat Zuhur, aku bergegas ke museum Pathology bersama beberapa orang teman. Ada lebih kurang 52 jars (balang berisi organ2 yang telah dijangkiti penyakit) menanti untuk di'belai' dan di'perhati' oleh kami sebagai persediaan untuk imtihan practical pada hari Khamis akan datang (22 jan 09). Seusai tiba dipintu museum, aku terus meluru ke arah rak yang pertama... Mula membelek-belek sebuah jar yang berisi potongan liver yang berpenyakit. Aku bersoal-jawab dengan diri sendiri.. Teringat kembali pesan seorang doctor, step pertama untuk buat diagnosis adalah dengan mengenalpasti organ dalam jar ... So, lepas meneliti memang confirm jar yang aku sedang belek adalah liver dengan wujudnya "portal tracts" pada organ tersebut. The next step adalah mengenalpasti ciri2 dan sebarang perubahan yang berlaku pada organ tersebut... Antara perubahan pada potongan "liver' tersebut yang dapat aku perhati adalah "saiznya besar berbanding saiz normal, "peritoneal covering" nipis, stretched and stripped out, teksturnya pula adalah lembut berdasarkan bekas potongan yang licin (rounded border)... Jadi diagnosis untuk liver tersebut adalah "Fatty change"... Mudah2an aku dapat menjawab soalan exam secemerlang ini... AMIN.

fatty chanye of the liver

Setelah selesai, aku maju ke arah jar yang ke-2, ke3, ke-4, ke-5 dan seterusnya... hinggalah sampai pada sebuah jar yang sedang dibelek oleh ahli bait kesayanganku.. Tiba2 dia bersuara...
"ko lapor tak??'' katanya.

"lapor gak. Nape ??? balasku.

"tak de la, bila tengok daging2 kat dalam jar ni perasaan lapor tu menjadi-jadi..." jawab dia.

Aku menelan air liur bila perhatikan semula jar2 di atas rak dalam museum tersebut. Rasanya belum tergamak untuk menelan apa yang ada dalam jars2 tersebut hatta dimasak kari, kurma atau sambal sekalipun... Aku hanya mampu tersenyum dan minta temanku bersabar. Hampir 2 hari kami tidak menjamah nasi. 1 rekod baru dicipta. Masuk hari ini, lebih kurang hampir seminggu dapur rumah kami tidak berasap disebabkan bekalan gas yang terputus. Tidak pasti apakah punca sebenar. Namun kami berharap agar ianya akan segera berakhir...



Berbalik kepada cerita liver (hati) yang berpenyakit tadi. Itu adalah antara contoh penyakit yang zahir yang mana kita boleh nampak rupanya. Masih bisa dirawat oleh seorang doctor seandainya dikesan dari awal. Bagaimana pula dengan penyakit 'dalaman' yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar akan keadaan dan kondisi sebenarnya. Adalah lebih parah sekiranya pemilik atau tuan punya badan sendiri tidak menyedari bahawa dirinya telah dihinggapi dengan "virus penyakit dalaman' " ini khusunya yang melibatkan masalah hati... Nauzubillah..

"virus2 yang merosakkan"

Hati adalah tempat pandangan Allah Ta'ala. Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah. IMAN... Iman bukanlah seperti tuffah yang dijual di pasar yang mana kita boleh beli berapa banyak kilo kita mahu. Iman juga bukanlah seperti ikan bakar yang dijual di jalanan yang mana kita boleh beli berapa ekor yang kita mahu... Iman jauh sekali seperti harta peninggalan yang mana boleh kita warisi. Hati adalah raja bagi seluruh anggota badan. Apabila hati itu baik, maka akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan. Hati yang diibaratkan seperti tapak semaian perlulah dibajai selalu dengan unsur2 yang mendekatkan kita dengan-Nya. Masakan benih yang disemai akan mengeluarkan buah yang ranum seandainya ia tidak dibajai dan disirami dengan baik. Nah, begitu jualah kisahnya dengan hati yang dikurniakan oleh Ilahi. Ia perlu sentiasa dibelai dan segera dirawat seandainya dikesan ia telah dijangkiti sebarang penyakit yang akan mengundang bala kepada si pemiliknya...


Oleh yang demikian teman2, antara perkara yang perlu kita lakukan sebelum kita melelapkan mata adalah sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan muhasabah diri sendiri. Untuk apa ??? Supaya hari esok kita menjadi lebih baik berbanding hari ini dan agar kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang sentiasa didalam kerugian... Anjakan paradigma diri perlu sentiasa dilakukan dalam usaha mencari Mardhatillah...


-tajdidniatselalu-









Tuesday, January 13, 2009

PERUBATAN SPORT'S DAY

Strawberry cupcake,blueberry pie, Tanta-Zaqziq fight3... Bergegar seketika bumi Cairo dengan jeritan semangat kontijen serba hijau pada hari tersebut ... Walaupun tika itu kami merupakan antara golongan minoriti, namun berbekalkan semangat juang yang tinggi (agak poyo), walaupun baru pertama kali kami bertemu dan berkenal-kenalan, itu bukanlah penghalang untuk kami bersatu dan berganding-bahu. Andai bisa diundur kembali, ingin saja kami kembali ke saat itu. Mengulang detik2 kenangan manis saat bersama2 menjulang piala kejuaraan Family Day PERUBATAN 2008. Kemenangan yang tidak disangka tapi ku kira berbaloi dengan latihan yang konsisten bersama teman2 yang tidak mengenal erti putus-asa.
Dan tahun ini, detik2 yang ditunggu bakal muncul kembali... Cuma agak terkilan kerana pada tahun ini kami tidak akan bergabung bersama. Masing2 akan berentap, namun aku yakin ukhwah yang terbina masih kukuh seperti dulu.... Insya-Allah seandainya berkesempatan, kita akan bertemu di Mansoura pula wahai teman2ku.

Pelbagai desas-desus yang aku dengar sebaik iklan PERUBATAN SPORT'S DAY ini warwarkan. Ada yang mengkhabarkan bahawa mereka akan berusaha untuk merampas 'piala kejuaraan' yang sebelum ini dimiliki oleh muhafazah kami. Aku hanya mampu tersenyum menyaksikan gelagat teman2ku. Nampaknya kali ini mereka tidak main2... Ermmm, kita nantikan hari penentuan itu tiba.. Kepada teman2 PERUBATAN, ayuh kita sama2 melibatkan diri... Bersama2 menjadi pendokong dan penyokong agar KESATUAN sesama kita umumnya dan UMAT ISLAM khususnya terus terpelihara...
-tajdidniatselalu-

Monday, January 12, 2009

DIA BUAT ONAR LAGI

Dalam keenakkan kita lena bertemankan balutan saratoga yang tebal, tidak pasti berapa ramai lagi saudara2 Islam kita di PALESTIN sana yang telah menjadi mangsa korban muntahan peluru2 kereta kebal rejim Israel yang menyerang tanpa memilih mangsanya. Takjub dengan keberanian dan semangat pemuda2 dan kanak Islam Palestin, walaupun hanya bersenjatakan batu2 mereka masih meneruskan perjuangan demi memelihara martabat Islam biarpun nyawa sebagai galang gantinya... Cuma aku tidak pasti, adakah di tanah airku sendiri memiliki jiwa2 yang sanggup mengorbankan diri mereka untuk ISLAM YANG DICINTA. Mungkin ada namun cuma beberapa kerat sahaja.. Pemimpin2 Islam sendiri khususnya pemimpin2 tanah Arab hanya mampu terkebil-kebil menyaksikan setiap kezaliman yang dilakukan oleh pihak Israel. Senjata2 canggih yang dimiliki hanya sebagai perhiasan sahaja. Bimbang untuk menunjukkan taring... Respon yang ditunjukkan seolah-olah mereka merestui setiap perilaku si Israel.
'Lampu hijau yang diterima digunakan sebaiknya oleh rejim Israel untuk memonopoli Palestin. Kesempatan dan peluang yang dimiliki dimanfaatkan untuk menghancurkan umat Islam seramai yang mungkin.. Sementara itu pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah pula hanya meminta tentera Israel agar tidak menyerang penduduk awam.. KECEWA!!! Mereka hanya sekadar meminta.. Sudah pasti bukan itu yang diharapkan oleh penduduk dunia. Pemimpin2 tanah Arab pula masih terus dengan sikap 'asobiyah'nya. Lebih mementingkan kepentingan negara masing2 berbanding Islam itu sendiri. Di Mesir , masih tiada tanda2 yang menunjukkan bahawa pemimpin akan memberi kebenaran membuka laluan Arafah untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.



Justeru kita sendiri bagaimana??? Adakah cukup sekadar menjadi puak yang memerhati sahaja??? Dimanakah sensitiviti kita sebagai seorang umat Islam??? Selain berdoa dan mengamalkan Qunut Nazillah, ayuh kita mempergiatkan lagi aktiviti "memboikot" ekonomi Yahudi sebagai salah satu cara untuk melumpuhkan kekuatan mereka...


-tajdidniatselalu-